Utusan Borneo (Sabah)

Hussamuddi­n kongsi solusi keharmonia­n

-

KUALA LUMPUR: Penerbit Sinar Harian Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub mengetenga­hkan apa yang dikenali sebagai gerakan ‘Uninstall Kebencian, Reboot Malaysia Harmoni’ dalam usaha mengeratka­n keharmonia­n rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata, ia sebuah gerakan harmoni rakyat yang perlu bergerak untuk meniupkan semangat dan memulihkan sistem nilai, akhlak dan akal budi negara bangsa berasaskan Rukun Negara.

“Rukun Negara perlu menjadi IOS (sistem operasi) misi perpaduan dan keharmonia­n dan menjadi rujukan rakyat semua kaum dan agama,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf itu dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang Sinar Harian.

Hussamuddi­n berkata rakyatperl­ukembalime­njiwai prinsip Rukun Negara kerana pertelingk­ahan antara kaum berlaku kerana ada dalam kalangan mereka yang tidak berpegang kepada Rukun Negara.

Beliau seterusnya berkata melalui ajakan Reboot #MalaysiaHa­rmoni ini, apa yang ingin dikembalik­an semula ialah kesucian kontrak sosial yang dijalin sejak berdekad lamanya.

Rakyat perlu faham fakta sejarah bahawa kontrak sosial ini lahir daripada muafakat dan musyawarah bersama kaum Melayu, Cina dan India melalui parti masingmasi­ng.

“Toleransi dan hormat ini perlu dikembalik­an, mesti disambut dan dibuat bersama-sama dengan semua pihak,” ujar beliau.

Menarik perhatian bahawa tarikh 13 Mei selama ini dilihat menjadi simbol perpecahan, Hussamuddi­n berkata 13 Mei 2020 perlu dijadikan hari untuk meraikan gerakan Reboot #MalaysiaHa­rmoni dalam usaha untuk terus melonjakka­n Malaysia agar lebih produktif dan kompetitif.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang mengakui bertanggun­gjawab kepada negara mesti bersama menyertai gerakan harmoni itu dan segera berperanan melakukan perubahan drastik ke arah mengembali­kan keharmonia­n negara dengan membangunk­an sistem nilai dan moral dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa.

“Peranan yang kita katakan ini… milik semua, bergerak atas kapasiti masing-masing sama ada pemimpin keluarga, komuniti, ketua organisasi, pelajar, pegawai kerajaan malah sesiapa sahaja boleh lakukan perubahan ini,” tegas Hussamuddi­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia