Utusan Borneo (Sabah)

Naskhah Hamka diadaptasi ke pentas teater April ini di Sabah

-

APRIL 2020 bakal menjadi saksi kepada sebuah pementasan teater arahan Azzahrawi (Juhan Junaidi). Pementasan teater ini adalah salah satu projek akhir yang dikendalik­an oleh pelajarpel­ajar tahun akhir program HA11 Seni Kreatif, Universiti Malaysia Sabah. Menurut Azzahrawi, pementasan teater kali ini adaptasi daripada novel karya Hamka yang berjudul “Tenggelamn­ya Kapal van der Wijck”. Pemilihan naskhah ini mengambil kira aspek tema, budaya dan mesej yang besar dalam naskhah tersebut. Bagi Azzahrawi, naskhah ini memiliki buah fikiran yang sangat mendalam kerana menyentuh soal bangsa dan budaya antara dua insan berlainan darjat.

Secara ringkasnya, naskhah ini diolah oleh Hamka atau nama sebenarnya, Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah dengan gaya pemikiran yang kritis apabila beliau cuba menyampaik­an sebuah mesej tentang budaya dan maruah bangsa melalui tema percintaan dua darjat. Naskhah ini juga memberikan tamparan yang hebat kepada masyarakat apabila jalan ceritanya mengkritik aspek sosial sesebuah bangsa yang mementingk­an harta dan keturunan. Naskhah yang diterbitka­n pada tahun 1938 ini masih bertahan di rak-rak buku masyarakat kita bukan kerana jalan ceritanya, tetapi kerana inti pati dan mesej yang disampaika­n terlalu mendalam maknanya.

Naskhah ini menyentuh adat Minangkaba­u yang mengukur ketulusan cinta berdasarka­n harta dan keturunan, serta bagaimana seorang lelaki yang dihina asal-usulnya kembali bangkit melalui tulisan-tulisan tangan yang cukup tajam. Apabila membaca naskhah ini, pembaca bukan sahaja tersenyum oleh dialog manis yang dituturkan oleh dua orang watak utamanya, bahkan turut tenggelam bersama perasaan hiba seperti tenggelamn­ya kapal van der Wijck yang membawa seribu satu cerita cinta. Menurut Azzahrawi lagi, walaupun naskhah ini sudah banyak kali diadaptasi ke pentas teater, namun pementasan kali ini akan memberikan suatu bentuk kelainan dalam usaha memberikan mesej yang lebih besar kepada penonton yang melihatnya.

 ??  ?? LATIHAN: Pelakon teater giat berlatih untuk pementasan teater di UMS.
LATIHAN: Pelakon teater giat berlatih untuk pementasan teater di UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia