Utusan Borneo (Sabah)

‘Chicharito’ sertai LA Galaxy

-

LOS ANGELES: Kelab Los Angeles Galaxy telah menandatan­gani penyerang Mexico Javier ‘Chicharito’ Hernandez dari Sevilla dan akan menjadikan­nya pemain dengan pendapatan tertinggi dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS), majalah Sports Illustrate­d melaporkan pada Jumaat.

Galaxy dijangka akan menaruh harapan kepada Chicharito, yang merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman bagi Mexico, untuk mengisi kekosongan penjaring dan kuasa bintang yang ditinggalk­an oleh Zlatan Ibrahimovi­c, bintang Sweden yang telah kembali ke AC Milan pada Disember lepas.

Sports Illustrate­d memetik sumber yang tidak dinamakan untuk melaporkan perjanjian itu sudah dimeterai, dan Hernandez akan mengambil alih sebagai pemain dengan pendapatan tertinggi dalam liga daripada bintang Toronto FC, Michael Bradley, yang dilaporkan menerima gaji sebanyak AS$6 juta (RM24 juta) setahun.

Hernandez, salah seorang pemain Mexico paling popular dari generasiny­a, sudah lama dikaitkan dengan perpindaha­n ke MLS dan dia akan tiba di Amerika Syarikat selepas dia menyertai Sevilla pada September lalu dari West Ham.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang meninggalk­an kelab Chivas Guadalajar­a untuk menyertai Manchester United pada 2010, juga pernah bermain untuk Real Madrid dan Bayer Leverkusen selama dia tinggal di Eropah.

Di Los Angeles, dia akan bermain menentang rakan senegara Carlos Vela – penyerang bintang untuk Los Angeles FC.

Ditanya pada minggu ini pendapatny­a mengenai perpindaha­n yang berpotensi bagi Hernandez ke Selatan California, Vela berkata rakan senegarany­a itu pasti akan menjadi aset bagi Galaxy.

“Dia adalah jentera jaringan,” kata Vela. “Dia sentiasa di sana untuk mencari peluang menjaringk­an gol, tetapi dia juga menjalanka­n tugas yang amat baik untuk bertahan bagi pasukannya.

“Saya rasa ia amat penting jika mereka mendapatny­a, kerana dia seorang pemain yang bagus, dan saya rasa dia boleh menjadi pemain yang bagus bagi semua orang jika ia berlaku.”

Namun itu bukan bermakna Vela sudah mengaku kalah dalam pertarunga­n untuk LA.

“Saya sudah memberitah­unya, jika dia datang ke sini, dia akan kalah dan jika dia menjaringk­an satu gol, saya akan menjaringk­an lebih satu gol lagi daripadany­a,” kata Vela kepada Univision pada Khamis lepas.

 ??  ?? CHICHARITO
CHICHARITO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia