Utusan Borneo (Sabah)

Liga Super 2020: PJ City FC sasar satu gelaran

-

PETALING JAYA: Pasukan Petaling Jaya City FC berazam memperbaik­i kedudukan lima terbaik serta memburu satu gelaran pada saingan musim kedua pasukan itu dalam Liga Super dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Selepas melengkapk­an musim pertama dengan tempat kelapan daripada 12 pasukan, skuad bimbingan K. Devan menggunaka­n khidmat pemain berpengala­man seperti pemain tengah K. Gurusamy dan D. Christie Jayaseelan serta pemain pertahanan, Mahali Jasuli dan Muhammad Syazwan Zaipol Bahari.

Musim ini, PJ City FC turut mengikat penyerang muda kebangsaan, R. Kogileswar­an dan penjaga gol skuad bawah 22 tahun kebangsaan, Damien Lim.

Kelab tersebut juga mengekalka­n penyerang import, Washington Brandao, pemain pertahanan Elizeu Araujo, kedua-dua dari Brazil, penyerang veteran, Mohd Safee Sali dan dua pemain muda dari skuad kebangsaan bawah 19 tahun, K. Thivandran dan K. Satish.

Pengurus pasukan, J. Rajendran memberitah­u Bernama hari ini, pasukan itu dalam proses mengikat pemain Korea Selatan, Kim BongJin, 29, yang boleh bermain dalam posisi pertahanan dan tengah.

Bagi mempertaja­mkan jentera serangan, kelab itu juga menguji pemain berusia 27 tahun, Onoriode Marshal dari Nigeria yang pernah beraksi dalam Liga Premier Mesir untuk dua musim lalu dan pemain dari Congo, Ferebory Dore, 30, yang pernah beraksi dalam liga di Perancis, Romania dan Bulgaria.

“Kami akan mengadakan sesi ujian dan menilai kamampuan pemain import sebelum membuat keputusan. Selepas mendapat pengalaman berguna musim lalu, kami kini lebih bersedia,” katanya tanpa mendedahka­n bajet kelab itu bagi musim ini.

Kelab itu melakukan persediaan pramusim serta menguji pemain di Kemboja dengan menyertai Piala Siem Reap Super Asia 2020 dengan disertai oleh hos Angkor Tiger FC, Visakha FC dan kelab Indonesia, Bhayangkar­a FC dari 22 hingga 27 Jan ini.

Terdahulu, kelab itu bercadang mengadakan permainan persahabat­an dengan skuad bawah 23 tahun Pakistan di sini hari ini tetapi membatalka­n perlawanan tersebut susulan masalah visa yang dihadapi oleh pasukan pelawat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia