Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

HILANG (dedikasi untuk Dr Lokman Abdul Samad) Aku menyanjung­i dia seperti Abu Bakar menyanjung­i Muhammad Rasulullah Aku menghormat­i dia seperti Laksamana Sunan menghormat­i Wali Sufi Aku mencintai dia seperti Rumi mencintai Syamsuddin Tabrizi Dan… aku belum pernah berasa kehilangan sebegini Aku berasa kehilangan seperti Abu Bakar kehilangan Muhammad Rasulullah Aku berasa kehilangan seperti Laksamana Sunan kehilangan Wali Sufi Aku berasa kehilangan seperti Rumi kehilangan Syamsuddin Tabrizi Dan aku… aku kehilangan sahabat juga guruku. Belum pernah Kuberasa kehilangan seperti ini. Along Minor 15 Januari 2020 Paitan SELAMAT (Dedikasi untuk Dr Lokman Abdul Samad) Tuhan mempertemu­kan di logik kebetulan di situ sama-sama kita menulis kenangan yang disimpan tanpa hebahan lalu datang satu hebahan membawa kesedihan bahawa kau gembira kerana sudah bertemu Tuhan Wahai guruku ini ucapan untukmu selamat abadi di setiap aksara tulisan selamat abadi di dalam hati-hati insan yang pernah diberi sentuhan selamat kembali ke dalam dakapan rahmat Tuhan selamat melepaskan kerinduan kepada Pencipta selama ini menjadi beban. Along Minor 15 Januari 2020 Paitan KEMBALI Kita datang untuk kembali tiada yang pergi seperti seketul ais kembali menjadi air lagi ya, sebuah permergian adalah sebuah pertemuan semula antara ais dengan air yang terpisah sifat kita akan mencair kepada kerinduan kita kembali. Along Minor 15 Januari 2020 Paitan CIKGU DON Cikgu Don, Hari terakhir kau bertanya khabar tentangku, katamu di mana dan apa khabar? Begitulah kerjamu setiap hari. Bertanya khabar lewat pesanan ringkas. Yang sepatutnya khabarmu dahulu yang aku tanya. Aku jawap pertanyaan­mu itu dengan senang hati. Seperti biasa. Aku kata baik-baik saja, cikgu. Bila lagi kita mangupi? Soalku kembali. Jawapmu, bah jumpa di UA. Ketika ajakanmu mengupi itu kaulaung. Aku tidak pernah tidak mau jika ingin bertemu denganmu. Aku terus pergi, kerana bagiku, itulah waktu dan masa yang paling perlu aku bertemu denganmu. Mendengar perkongsia­nmu tentang sastera, budaya, seni dan masyarakat­lah yang selalu aku terpaku mendengarn­ya. Aku pasang telingaku tanpa jemu sampai kita akhiri dengan berjabat tangan, sangat erat, serentak dengan bicara, sampai berjumpa lagi. Ya, walaupun waktu kita sudah tahu akan terus berdetik, tapi perjalanan­mu pulang ke negeri abadi tidak pernah aku jangka akan tiba secepat begitu. Tidak pernah terlintas pun dalam ingatanku, itulah kali terakhir kita menikmati kupi bersama-sama. Kau guruku juga seorang abang. Pesanmu untuk menjadikan diri sebagai manusia itu sudah terukir di sini. Tetap ia akan aku jadikan pedoman hidup, kerana katamu masih kusimpan di sini - “syukur masih ada yang masih boleh diminum dan dihirup menghilang­kan dahaga cinta.” Tenanglah kau di sana wahai pelangi! Puisi buat Dr Lokman Abd Samad, Pensyarah UMS yang telah kembali ke rahmatulla­h pada 15 Januari 2020, hari Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia