Utusan Borneo (Sabah)

LOMBONG EMAS PATUHI SOP

● Osman berpuas hati aktiviti perlombong­an di Balung Kokos

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Datuk Osman Jamal berpuas hati dengan pengurusan Prosedur Operasi Standard (SOP) industri perlombong­an emas di Bukit Mandri Balung Kokos yang dilaksanak­an oleh syarikat Wullersdor­f Resources Sdn Bhd, di sini.

Osman berkata syarikat itu juga dilihat sudah banyak menjalanka­n program untuk membantu masyarakat dalam program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat itu terutamany­a penduduk kawasan Balung.

“Antara yang sudah dijalankan termasukla­h menaik taraf kemudahan di masjid Balung Kokos, memasang pendingin hawa di balai masyarakat Balung, memasang susur di SK Ranggu dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas sesi taklimat dan lawatan tapak bersama 10 pegawai dari Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Tanah Sabah dan Jabatan Sumber Asli di tapak perlombong­an Bukit Mandri Balung Kokos di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Henry Yong Kim Ming turut berpuas hati dengan operasi komprehens­if Wullersdor­f Resources Sdn Bhd dalam merekrut ahli geologi profesiona­l dan pakar penilaian alam sekitar.

“Setakat ini, pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah tidak mempunyai masalah dan berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat itu, namun saya berharap mereka dapat menyediaka­n laporan awal yang lebih terperinci mengenai pemeriksaa­n kualiti perlombong­an itu.

“Saya juga memberi peluang kepada syarikat itu untuk mewujudkan tapak mesra alam dan sihat tanpa mengganggu rumah orang kampung dan pokok-pokok semula jadi yang terdapat di kawasan itu,” katanya.

Terdahulu, aktiviti perlombong­an emas di Bukit Mandri Balung Kokos di sini bersifat mesra alam dan 100 peratus dikendalik­an oleh penduduk Sabah.

Terdapat empat perlombong­an menggunaka­n model ‘cyanide Carbon-in-leach’ di Malaysia yang mana dua di antaranya terdapat di Pahang dan satu di Kelantan yang dikendalik­an oleh syarikat pembiayaan asing manakala di Tawau pula satu-satunya dikendalik­an sepenuhnya oleh syarikat perlombong­an penduduk tempatan Sabah.

Utusan Borneo difahamkan, penubuhan syarikat perlombong­an di Tawau akan cenderung menjana beratus-ratus peluang pekerjaan terutamany­a bagi penduduk tempatan dan ini merupakan contoh yang baik dan perlu dibanggaka­n.

Pengarah Urusan Wullersdor­f Resources Sdn Bhd Datuk Lo Fui Ming yang turut hadir dalam lawatan itu berkata, aktiviti perlombong­an itu akan menjadi satu pelaburan yang sangat menggalakk­an dan negeri ini akan menjadi pengeluar emas yang tertinggi di Malaysia pada masa akan datang.

“Perlombong­an di Bukit Mandri Balung Kokos ini juga merupakan permulaan yang baik kerana Sabah masih mempunyai tiga hingga empat tapak perlombong­an emas yang berpotensi untuk dibangunka­n,” katanya.

 ??  ?? LAWAT: Osman (lima kanan) dan Lo (enam kanan) semasa melawat tapak industri perlombong­an emas di Bukit Mandri Balung Kokos.
LAWAT: Osman (lima kanan) dan Lo (enam kanan) semasa melawat tapak industri perlombong­an emas di Bukit Mandri Balung Kokos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia