Utusan Borneo (Sabah)

Kes kebakaran akibat kecuaian, penduduk perlu lebih mengutamak­an keselamata­n

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Tujuh kes kebakaran yang direkodkan berlaku di Batu Sapi sejak tahun lalu dikaitkan dengan kecuaian penduduk, kata Ahli Parlimenny­a Datuk Liew Vui Keong.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk terutamany­a yang tinggal di perumahan atas air agar lebih peka dan berwaspada serta mengutamak­an keselamata­n bagi mengelak kejadian seumpama berulang.

“Tujuh kes kebakaran telah berlaku sejak tahun lalu dan salah satunya adalah yang terbaharu bagi tahun ini. Apa yang lebih menyedihka­n, kebakaran kali ini telah meragut tiga nyawa iaitu seorang ibu bersama dua anaknya,” katanya kepada media semasa melawat mangsa kebakaran Kampung Sheng Kee di Dewan PPR Batu Sapi di sini semalam.

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaik­an bantuan kepada 30 Ketua Isi Rumah yang ditempatka­n di penempatan sementara berkenaan.

Katanya, kerajaan akan memberi bantuan untuk penduduk membina rumah semula bagaimanap­un tapak kebakaran perlu dibersihka­n semula terlebih dahulu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status mangsa kebakaran Kampung Gas, Liew berkata peruntukan telah disalurkan kepada Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) bagi pembinaan jambatan di tapak kebakaran.

Beliau berharap agar proses tender bagi membina jambatan itu yang kini sedang berjalan akan dapat diselesaik­an secepat mungkin.

“Kawasan itu telah diiktiraf sebagai kampung. Oleh itu, kita kena pastikan siapa pemilik bagi lot-lot tertentu. Sebelum rumah dapat dibina, kita kena pastikan jambatan siap dahulu.

“Permohonan peruntukan untuk jambatan sudah dapat dan sekarang akan mohon untuk rumah pula. Saya harap kalau rumah dibina, biarlah jaraknya diselarask­an. Kita tidak mahu rumah dibina terlalu dekat kerana ia terlalu berisiko sekiranya berlaku kebakaran,” jelasnya.

 ??  ?? BANTUAN: Liew menyampaik­an bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran Kampung Sheng Kee.
BANTUAN: Liew menyampaik­an bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran Kampung Sheng Kee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia