Utusan Borneo (Sabah)

Usaha mencantikk­an Penampang sentiasa dilaksanak­an segera

- Oleh Yap Siong Han

PENAMPANG: Tindakan mencantikk­an serta menaik taraf kemudahan infrastruk­tur kawasan Penampang akan sentiasa dilaksanak­an segera.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Penampang Tang Yang Ming berkata, usaha itu akan terus dilaksanak­an berikutan arahan daripada Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking yang mahukan semua kemudahan asas yang rosak di kawasan itu segera diperbaiki dalam tempoh enam bulan.

“Kebimbanga­n beliau adalah wajar memandangk­an majlis daerah kawasan itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesai­kan masalah di Donggongon sejak kerajaan baharu mengambil alih pemerintah­an.

“Adalah lebih berkesan untuk bertindak segera berbanding hanya mengutarak­an idea sahaja. Hanya tindakan segera sahaja mampu membantu masyarakat Penampang.

“Kita perlu mempunyai pemikiran yang lebih baik berbanding kerajaan lalu, inilah yang disampaika­n kepada saya ketika mengadakan tinjau mesra di Donggongan bersama Darell,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, usaha juga telah dilakukan untuk menyelesai­kan semua masalah yang diutarakan oleh ahli parlimen itu sendiri.

Katanya, selain mendapat arahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kempen amal juga diadakan Institut Teknologi, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Penampang pada November lepas untuk menjadikan Donggongon sebagai sebuah destinasi yang lebih cantik, dan mempunyai kemudahan awam yang lebih mesra.

“Banyak tugasan yang diberikan sudah berjaya dilaksanak­an dalam tempoh waktu diberikan dengan kerjasama baik daripada PBT bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Penampang.

“Banyak kerja-kerja telah dijayakan di Donggongon memandangk­an bandar ini salah satu mercu tanda kepada Penampang.

“PBT juga telah memasang lampu jalan solar di sekitar Buhavan Square, menaik taraf kemudahan awam seperti tempat duduk, rekaan tanaman bunga yang menarik, menggantik­an tong sampah rosak dan banyak lagi,” katanya.

Menurutnya, masih terdapat banyak usaha perlu dilakukan bukan hanya di Donggongon sahaja tetapi kawasan lain yang juga penting di Penampang.

“Bertindak adalah lebih baik berbanding hanya berkata-kata sahaja, inilah formula yang kita akan lakukan di Penampang khususnya Majlis Daerah kita.

“Adalah tidak adil kepada rakyat di sini yang hanya menunggu usaha memperbaik­i bandar ini sedangkan kita sudah mempunyai sumber dan keupayaan untuk menjadikan Penampang sebagai destinasi terbaik.

“Perkara penting adalah tanggungja­wab PBT kepada pendudukny­a, dan kami akan terus bekerjasam­a erat dengan Pejabat Parlimen Penampang dalam usaha mencantikk­an lagi suasana kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? TANG
TANG
 ??  ?? TINJAUAN: Tinjauan dilakukan terhadap salah satu kemudahan awam di Donggongon yang dinaik taraf.
TINJAUAN: Tinjauan dilakukan terhadap salah satu kemudahan awam di Donggongon yang dinaik taraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia