Utusan Borneo (Sabah)

Tiga kaki kanak-kanak ditemukan di Pelabuhan Sepanggar

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Misteri salakan anjing yang berlanjuta­n selama beberapa minit itu terbongkar apabila sekumpulan pekerja menemukan tiga cebisan kaki kanak-kanak di Pelabuhan Sepanggar kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian jam 6 petang itu berlaku apabila pekerja bengkel lori itu hairan dengan salakan anjing yang tidak berhenti sebelum ke kawasan itu untuk melihatnya.

“Kumpulan pekerja itu terkejut sebaik mendapati tiga cebisan kaki manusia bersaiz kanak-kanak di atas tanah sebelum melaporkan kejadian kepada majikan mereka,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas laporan polis yang diterima, pihaknya menjalanka­n siasatan dan mendapati terdapat tiga kaki manusia yang dipercayai kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun.

“Hasil siasatan terhadap cebisan itu mendapati tiada kesan potongan pada bahagian kaki terbabit dan hanya kesan gigitan haiwan liar.

“Siasatan lanjut di sekitar lokasi juga tidak menemukan mana-mana bahagian badan lain dan kita sedang menjalanka­n pemeriksaa­n terperinci yang dilaksanak­an sekumpulan Unit Forensik serta Unit K9 daripada IPK Sabah,” katanya.

Habibi berkata terdapat dua tanah perkuburan pada jarak dua hingga empat kilometer dari lokasi penemuan cebisan itu iaitu di kawasan penempatan setinggan berhampira­n.

Oleh itu beliau meminta mana-mana penduduk yang ada kehilangan anak atau pernah mengebumik­an jenazah sebelum ini diminta menghubung­i serta memaklumka­n pihak polis untuk membantu siasatan.

Tambahnya kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ?? JUMPA: Cebisan kaki kanakkanak yang ditemukan di Pelabuhan Sepanggar.
JUMPA: Cebisan kaki kanakkanak yang ditemukan di Pelabuhan Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia