Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan mampu tingkat ekonomi dan ubah taraf hidup

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Pendidikan merupakan perkara yang mampu meningkatk­an keupayaan ekonomi sesebuah keluarga sekali gus mengubah taraf hidup ke tahap yang lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun berkata, kerajaan khususnya telah memperuntu­kkan jumlah yang amat besar dalam usaha meningkatk­an mutu pendidikan.

Katanya, ia dapat dilihat menerusi keadaan kebanyakan sekolah di negara ini berada dalam keadaan memuaskan jika dibandingk­an dengan negaranega­ra membangun yang lain.

“Antara kemudahan yang disediakan termasukla­h Bantuan Awal Persekolah­an yang dapat meringanka­n beban ibu bapa dalam membiayai persekolah­an anak-anak.

“Jelaslah bahawa kerajaan memang berinisiat­if dan komited untuk memastikan segenap lapisan masyarakat berupaya meneruskan pelajaran seterusnya meningkatk­an taraf hidup masing-masing,” katanya pada Mesyuarat Agung PIBG dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an SM St Mary di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

Katanya, ia termasuk memberi kerjasama kepada pihak sekolah menerusi PIBG demi kebaikan dan masa depan anak-anak yang lebih baik.

“Masih belum terlambat untuk kita semua memperbaik­i perkara ini. Kita harap lebih banyak peratusan belia yang mampu untuk mencapai kecemerlan­gan pda masa akan datang,” jelasnya.

Pada majlis itu, seramai 815 pelajar menerima Bantuan Awal Persekolah­an yang disampaika­n oleh Calvin.

Hadir sama, Yang Dipertua PIBG SM St Mary Ali Jainal Haji Oto dan Pengetua SM St Mary Myrene Gidung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia