Utusan Borneo (Sabah)

Jangan perjudikan keamanan negara dengan alasan kebebasan bersuara

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Nilai keamanan dan keharmonia­n negara tidak boleh diperjudik­an oleh sebarang pihak dengan alasan kebebasan bersuara mengikut perlembaga­an negara.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, semua bentuk provokasi yang menyalakan api sentimen perkauman, agama dan adu domba hendaklah dihentikan.

“Petualang yang cuba mengganggu-gugat keharmonia­n negara perlu diheret ke muka pengadilan sebagai pengajaran tidak ada kompromi terhadap pihak terlibat,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini, malam Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata keamanan dan keharmonia­n amat penting demi kelangsung­an negara, justeru masyarakat perlu terus menyuburka­n prinsip keharmonia­n.

“Belajar hidup bersama dengan memahami serta menerima kepelbagai­an dan perbezaan dalam pelbagai aspek, misalnya melalui penganjura­n dialog dan berbaik sangka.

“Hubungan kaum ada kalanya diuji dengan pelbagai isu, hakikat ini menuntut semua pihak supaya bijak bertindak mencari penyelesai­an bukannya merumitkan keadaan.

“Saya menyeru masyarakat supaya kita dapat mencari solusi atau pendekatan yang relevan ketika ada pihak yang semakin g hairan memainkan pelbagai isu kaum dan agama.

“Kerencaman isu sensitif yang dimainkan mempunyai niat jahat untuk meruntuhka­n sebuah negara bangsa yang dibina hasil permuafaka­tan kaum di negara ini,” katanya.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Rawa serta Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Mokhtar.

 ??  ?? PIMPIN: Tun Juhar memimpin tangan isterinya, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan turut diikuti oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dan Persekutua­n yang lain.
PIMPIN: Tun Juhar memimpin tangan isterinya, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan turut diikuti oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dan Persekutua­n yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia