Utusan Borneo (Sabah)

Ceburi tanaman durian Musang King

Saranan kepada penduduk luar bandar yang memiliki kawasan tanah terbiar

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Penduduk luar bandar yang memiliki kawasan tanah terbiar digalakkan untuk mengusahak­an tanaman durian Musang King.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof berkata, masa depan potensi tanaman komoditi berkenaan adalah sangat tinggi memandangk­an ia mempunyai permintaan pasaran luar negara yang sangat tinggi.

“Sejak 2014, harga durian Musang King meningkat sebanyak 200 peratus, harga yang dijual di China atau Hong Kong lebih mahal berbanding di sini, sebab itu ramai pelancong datang ke Sabah untuk membeli barangan berasaskan buahbuahan ini.

“Kini permintaan dari China, Hong Kong dan Singapura terhadap musang king sangat tinggi, negara seperti Brunei, Australia, Amerika Syarikat khususnya California, San Francisco serta China Town yang lain sememangny­a ingin membeli produk ini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Hari Terbuka dan Pelancaran NeWays Century (M) Shd Bhd di sini semalam.

Dalam ucapannya, Daud menjelaska­n Australia juga mempunyai usaha untuk menanam musang king tetapi saiz buah serta kualitinya berbeza dengan di negara ini disebabkan faktor seperti cuaca, tanah dan sebagainya.

Katanya, permintaan terhadap komoditi berkenaan akan terus meningkat dan para pelabur yang mengusahak­an ladang Musang King di sini juga akan menyediaka­n peluang perniagaan serta pekerjaan kepada masyarakat setempat.

“Kerajaan melalui kementeria­n ini akan terus memberikan sokongan terhadap usaha sedemikian. Sabah masih mempunyai kawasan tanah yang luas belum diterokai,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah NeWays Century (M) Shd Bhd Hafizan Mokhtar serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Daud (tengah) menerima cendera kenangan daripada Hafizan.
TERIMA KASIH: Daud (tengah) menerima cendera kenangan daripada Hafizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia