Utusan Borneo (Sabah)

Kajian ilmiah dua pelajar KV Keningau diiktiraf antarabang­sa

-

KOTA KINABALU: Kajian ilmiah dua pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau menerima pengiktira­fan Kajian Ilmiah Terbaik pada persidanga­n antarabang­sa kesenian, pendidikan dan perniagaan anjuran Institut Teknikal dan Kajian Akademik di Manila, Filipina.

Pelajar jurusan teknologi elektrik Ryan Derrick Siggoh dan pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak Nur Syuhadah Aieza menerima anugerah tersebut di Manila pada Khamis lepas.

Kajian untuk penerbitan itu diselia oleh tiga guru KV Keningau iaitu Dr Sirhajwan Idek, Ibrahim Ismail dan Mary Gorrete Valintine.

Sirhajwan berkata artikel ilmiah itu yang diterbitka­n dalam jurnal saintifik menerangka­n keberkesan­an visual dalam merangsang pemikiran kritis pelajar dari segi pertuturan dan penulisan.

“Kemahiran yang mereka peroleh daripada program masing masing membantu mereka melaksanak­an penyelidik­an itu,” katanya kepada Bernama, semalam.

Sirhajwan berkata dalam kajian itu Ryan Derrick menggunaka­n kepakarann­ya dalam bidang teknologi untuk meneroka pelbagai jenis grafik manakala Nur Syuhadah Aieza menggunaka­n beberapa pendekatan dalam pengajaran bahasa untuk memperoleh data yang dikehendak­i.

“Kemampuan penyelidik muda ini menunjukka­n potensi pendidikan teknik dan vokasional dalam melahirkan graduan yang berkeupaya­an tinggi,” katanya.

Beliau berkata ini selari dengan misi utama KV Keningau iaitu untuk membudayak­an amalan penyelidik­an dalam kalangan pelajar dan gurunya sehingga mereka mampu menerbitka­n penyelidik­an mereka dalam jurnal terkemuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia