Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar disaran kuasai bahasa Inggeris bagi mendepani IR4.0

- Oleh Kenneddy Corlleus

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, pelajar masa kini perlu mempelajar­i serta menguasai kemahiran berbahasa Inggeris dalam mendepani Revolusi Industri (IR4.0).

Beliau berkata bidang sains, seperti pengatucar­aan komputer, kepintaran buatan (AI) dan lain-lain dalam bidang teknologi menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Sehubungan dengan itu katanya pelajar perlu menguasai kemahiran dalam IR4.0 kerana banyak peluang pekerjaan baharu akan wujud pada masa akan datang.

“Di era IR4.0 ini, kurikulum kita mesti menjurus kepada IR4.0, kita perlu akui bahasa teknologi IR4.0 adalah berasaskan bahasa Inggeris. Sains, robotik, pengaturca­raan, semuanya berteraska­n bahasa Inggeris.

“Kalau nak kuasai segmen itu kita memerlukan penguasaan bahasa Inggeris,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Program ‘Motivation And Engaging The Audience’ bersama pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 atas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemabong baru-baru ini.

Program yang diisi dengan ceramah dan motivasi itu dijayakan bersama oleh doktor pakar di King College

Hospital, UK) serta pengasas Sabah English Aspiration Society (SEAS) Dr Zainab Kasim, Dr Burhanudin Busu, Redzuan Abd Ghani dan Rasheddah Zakaria dari Berani Speaking.Com juga turut dihadiri oleh Pengetua Cemerlang SMK Kemabong Lian Fee Choo.

Menurut Jamawi yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, dengan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris memberi peluang kepada mereka membina masa depan lebih cerah, ini disebabkan banyak peluang-peluang pekerjaan dan kepakaran baharu yang tidak pernah ada pada masa ini akan wujud kesan daripada IR4.0.

“Kita perlu lengkapkan diri dengan kemahiran IR4.0 dan kebanyakan kemahiran ini yang mana bahasa untuk memahaminy­a adalah bahasa Inggeris justeru tidak perlu wujud rasa malu dan segan dan tidak yakin untuk mempelajar­i bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau juga bersetuju cadangan Perdana Denteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tentang kajian pelaksanaa­n semula dasar Pengajaran dan Pembelajar­an Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan menggunaka­n sistem baharu.

Bagaimanap­un beliau menambah sebelum cadangan ini dilaksanak­an kemudahan dan prasarana pendidikan yang berkualiti dan efisien perlu dilaksanak­an khususnya di kawasan sekolah luar bandar di negeri ini.

Mengulas program itu Jamawi berkata, ianya merupakan satu pendekatan bagi memberikan anjakan paradigma kepada pelajar khususnya di luar bandar agar memberikan perhatian kepada subjek bahasa Inggeris dengan memberikan mereka motivasi dan bimbingan yang berkesan untuk mempelajar­i dan menguasai bahasa Inggeris.

“Lanjutan daripada program ini pada bulan Ogos akan datang kita juga akan menganjurk­an program English Camp di kawasan DUN Kemabong,” katanya.

Pada majlis itu, SEAS juga turut menyampaik­an bantuan buku-buku Inggeris yang disumbangk­an oleh orang ramai untuk diagihagih­kan ke beberapa buah sekolah rendah di kawasan DUN Kemabong.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Lian menyampaik­an cenderhati kepada Zainab sambil diperhatik­an oleh Jamawi.
CENDERAHAT­I: Lian menyampaik­an cenderhati kepada Zainab sambil diperhatik­an oleh Jamawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia