Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan Qayyim diharap jadi inspirasi OKU penglihata­n belajar Al-Quran Braille

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Juara baharu qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi berharap kejayaanny­a dapat menjadi inspirasi untuk orang kurang upaya( O KU) penglihata­n belajar al-Quran Braille.

Menurutnya, masih ada sebilangan golongan OKU penglihata­n yang malu belajar dengan al-Quran Braille, sekalipun sistem tulisan sentuh itu mampu membantu mereka mengaji.

“Saya harap kejayaan ini boleh menjadi motivasi kepada mereka yang malu untuk belajar dengan al-Quran Braille,” katanya, semasa ditemui pemberita pada sidang media.

Qayyim, 22, ditemui pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQ) Peringkat Kebangsaan 1441 H/ 2020M di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini, malam Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau percaya keterbatas­an yang ada pada diri seseorang itu bukannya faktor penghalang yang menentukan kemampuan untuk mencapai sesebuah kejayaan.

“Walaupun kita tidak sempurna (OKU), tetapi itu tidak boleh menghalang kita daripada membaca dan mempelajar­i al-Quran, banyak ilmu alQuran yang boleh dipelajari.

“Misalnya, ilmu tajwid dan tarannum, malah mempelajar­i al-Quran juga tidak menjejaska­n fizikal kita dan percayalah bahawa Allah ada membantu,” katanya.

Menyentuh kemenangan­nya juga, anak muda Kelantan itu bersyukur kerana Allah memberikan­nya kemenangan dan teruja akan mewakili negara ke peringkat antarabang­sa.

Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil sokongan berterusan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakannya yang tidak putus-putus memberikan dorongan kepada dirinya.

“Kita perlu selalu banyak berlatih, sentiasa belajar dan berjumpa dengan guru-guru untuk memperbaik­i bacaan, dengan itu keupayaan kita akan menjadi semakin baik,” katanya.

 ??  ?? SYUKUR: Qayyim dan juara qariah, Puteri Kalimatul Azzua Hamid dari Perak akan mewakili negara ke Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabang­sa kelak.
SYUKUR: Qayyim dan juara qariah, Puteri Kalimatul Azzua Hamid dari Perak akan mewakili negara ke Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabang­sa kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia