Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama pintar SEAS, PPD dan UTM, bimbing guru-guru mengenai PAK21

-

MEMBAKUT: Satu usaha kerjasama pintar antara Persatuan Aspirasi Bahasa Inggeris Sabah (SEAS) dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya dilaksanak­an di SEAS English Corner, Sekolah Kebangsaan (SK) Pangiran Jaya, Pimping, Membakut baru-baru ini.

Pengerusi SEAS Dr. Zainab Kassim berkata, penganjura­n kerjasama ini bertujuan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada guruguru di Sabah tentang kepentinga­n pelaksanaa­n Pembelajar­an Abad Ke 21 (PAK21) dalam bilik darjah melalui pengamalan Pembelajar­an Aktif bagi menjamin kemenjadia­n anak-anak murid.

Bengkel pengenalan kepada Pembelajar­an Aktif ini merupakan salah satu inisiatif bagi mengenalka­n Pembelajar­an Berpusatka­n Murid terutama sekali Pembelajar­an Aktif untuk guru-guru di Sabah.

Jelasnya, ‘bengkel pengenalan’ terbabit akan diteruskan di daerahdaer­ah lain di negeri Sabah dalam masa terdekat.

Bengkel yang dilaksanak­an sepenuhnya oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid, pakar Pembelajar­an Berpusatka­n Murid dari UTM melibatkan seramai 19 orang guru dari lapan buah sekolah seluruh Sabah, terbahagi kepada dua sesi.

Sesi pertama melibatkan aktiviti berkumpula­n yang mana semua peserta dikehendak­i bersama membuat pemetaan hubungan antara kurikulum dengan hasil pembelajar­an berdasarka­n Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) serta Kerangka Konsep PAK21 yang menekankan kepada Komunikasi, Kolaborati­f, Pemikiran Kritis, Kreativiti dan Nilai Murni & Etika (4K1N).

Di akhir sesi satu, peserta dapat memahami kepentinga­n perlunya PAK21 ini dilaksanak­an di dalam bilik darjah.

Pada sesi kedua, para peserta didedahkan kepada salah satu pembelajar­an yang terkandung di bawah Pembelajar­an Berpusatka­n Murid, iaitu Pembelajar­an Aktif.

Dalam sesi itu, peserta hanya diberikan pengenalan kepada pembelajar­an aktif.

“Satu bengkel khas untuk pembelajar­an aktif selama dua hari akan dilaksanak­an dalam bulan Ogos pada tahun ini, merupakan bengkel kali ketiga yang dilaksanak­an oleh SEAS sejak tahun 2018,” kata Farahwahid­ah Ag. Damit, pengarah bengkel kali ini, yang juga pegawai di PPD Beaufort.

Para peserta teruja untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang pembelajar­an aktif ini dan berhasrat untuk menyertai bengkel yang akan datang.

Di akhir program, para peserta turut menerima buku-buku sumbangan Asia Foundation untuk kegunaan sekolah masing-masing di samping sijil penyertaan.

 ??  ?? BUKU: Zainab menyampaik­an sumbangan buku daripada Asia Foundation kepada peserta yang mengambil bahagian dalam bengkel berkenaan.
BUKU: Zainab menyampaik­an sumbangan buku daripada Asia Foundation kepada peserta yang mengambil bahagian dalam bengkel berkenaan.
 ??  ?? ALBUM: Sebahagian peserta merakamkan gambar kenangan sempena bengkel itu.
ALBUM: Sebahagian peserta merakamkan gambar kenangan sempena bengkel itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia