Utusan Borneo (Sabah)

E-Tunai Rakyat antara cara rangsang ekonomi

Program ini juga antara inisiatif kerajaan galak rakyat berbelanja secara digital

- Oleh Borhaniza Ali Basah

“Penularan COVID-19 ini telah menyebabka­n ekonomi dunia terjejas sekali gus menjejaska­n ekonomi ” Malaysia. Oscar Ling Ahli Parlimen Sibu

SIBU: Program E-Tunai Rakyat merupakan salah satu cara untuk merangsang­kan kembali ekonomi yang turut terkesan akibat wabak COVID-19, kata Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling.

Ling berkata, wabak COVID-19 melanda seluruh dunia setelah tercetus di China dan Malaysia tidak ketinggala­n terkena tempiasnya.

“Penularan COVID-19 ini telah menyebabka­n ekonomi dunia terjejas sekali gus menjejaska­n ekonomi Malaysia.

“Jadi untuk merangsang ekonomi Malaysia, kita ada pakej rangsangan dan program E-Tunai Rakyat ini salah satu cara untuk merangsang kembali ekonomi kita dan rakyat boleh menebus RM30 ini bermula sekarang dan menggunaka­nnya sebelum 14 Mac,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Taklimat E-Tunai bersama Boost di Rumah Catherine Tamoh di sini, kelmarin.

Tambahnya, Program ETunai Rakyat juga salah satu inisiatif kerajaan bagi menggalakk­an rakyat berbelanja secara digital.

“Jika kita mengambil contoh China, kebanyakan mereka sudah beralih kepada e-dompet dan ini merupakan cara terbaik untuk masa akan datang.

“Jika semua rakyat menggunaka­n e-dompet, kerajaan boleh menyalurka­n bantuan ke dalam e-dompet sahaja contohnya pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) mungkin dibayar melalui e-dompet dan tidak perlulah anda semua pergi ke kaunter bank atau ATM untuk mengambil wang,” jelas Ling.

Beliau berkata, terdapat tiga pembekal e-dompet yang dipilih kerajaan bagi menjayakan program ini iaitu Touch and Go, Boost dan Grabpay.

“Rakyat Malaysia yang layak berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun boleh menuntut eTunai Rakyat ini sekali gus membantu meringanka­n beban mereka dalam kehidupan,” ujarnya.

 ??  ?? TERBAIK: Ling merakam kenangan bersama penduduk Rumah Catherine Tamoh selepas merasmikan Program Taklimat E-Tunai bersama Boost.
TERBAIK: Ling merakam kenangan bersama penduduk Rumah Catherine Tamoh selepas merasmikan Program Taklimat E-Tunai bersama Boost.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia