Utusan Borneo (Sabah)

KMKK dan ahli JKKK berperanan lestari kesejahter­aan penduduk

-

KUCHING: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta ahli Jawatankus­a Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) berperanan penting dalam melestarik­an kesejahter­aan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, untuk itu setiap KMKK dan JKKK perlu memahami bidang tugas dan peranan mereka di peringkat kampung selain menguasai isu-isu semasa.

“Peranan dan tugas KMKK dan JKKK kini sudah berubah disebabkan peredaran masa dan perkembang­an teknologi.

“Hari ini mereka bukan sahaja perlu memahami peranan mereka di peringkat kampung, tetapi juga perlu menguasai maklumat semasa khususnya melibatkan isu-isu di peringkat kampung.

“Malah, setiap daripada KMKK dan JKKK perlu mengikuti perkembang­an teknologi pada hari ini supaya tidak ketinggala­n,” katanya pada Seminar Penghulu Ketua-Ketua Kaum dan JKKK Demak Laut di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Seramai 90 peserta hadir dengan 34 orang terdiri daripada KMKK dan Setiausaha, Bendahari dan dua ahli JKKK dari setiap kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak.

Dalam pada itu, sebanyak 17 jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak dan persekutua­n turut hadir dan menyampaik­an taklimat kepada peserta yang hadir.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada setiap jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak dan persekutua­n atas kehadiran dan memberi taklimat berhubung peranan dan fungsi masing-masing di peringkat masyarakat.

“Melihat kepada kehadiran wakil jabatan dan agensi kerajaan pada hari ini, ia sangat membanggak­an.

“Ini menggambar­kan bahawa peranan jabatan dan agensi kerajaan itu penting selari dengan keperluan dan kehendak masyarakat hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Penyelaras Seminar Penghulu KetuaKetua Kaum dan JKKK Demak Laut yang juga Ketua Kaum Amzah Dollah menyifatka­n penganjura­n seminar itu mencapai objektifny­a.

“Melihat kepada sambutan yang diterima dan interaksi yang ditunjukka­n peserta, jelas bahawa penganjura­n seminar ini banyak memberi manfaat kepada KMKK dan JKKK.

“Inilah yang kita mahukan dan berharap setiap peserta yang hadir dapat menambah ilmu dan menguasai maklumat baharu bagi membolehka­n ia disalurkan kepada masyarakat di peringkat kampung,” katanya.

Pada seminar itu diadakan penyampaia­n cek kepada setiap JKKK di kawasan DUN Demak Laut.

Dr Hazland turut bertindak sebagai pengerusi panel pada Dialog Bersama Agensi Kerajaan.

 ??  ?? SERAH: Dr Hazland menyampaik­n cek kepada wakil JKKK di bawah DUN Demak Laut.
SERAH: Dr Hazland menyampaik­n cek kepada wakil JKKK di bawah DUN Demak Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia