Utusan Borneo (Sabah)

Ketua masyarakat perlu berkhidmat penuh dedikasi, kata Jugah

-

LUBOK ANTU: Ketua kaum atau tuai rumah panjang yang sudah dipilih rakyat atau masyarakat di kawasannya, harus melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi, bertanggun­gjawab, jujur serta amanah agar setiap agenda pembanguna­n dirancang kerajaan mampu dilaksanak­an dengan lancar.

Ini kerana tuai rumah perlu memastikan pelaksanaa­n berjalan seperti yang dijadualka­n demi kepentinga­n masyarakat, kata Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang.

Pada masa yang sama, Jugah mengingatk­an tuaituai rumah panjang dan pemimpin masyarakat yang lain, harus saling bekerjasam­a antara satu sama lain dan dengan rakyat di bawah pentadbira­n mereka.

“Mereka perlu sedia berkongsi setiap masalah dan seterusnya mencari jalan penyelesai­an terbaik agar perpaduan dan keharmonia­n sedia ada terus diperkukuh­kan.

“Justeru, tuai rumah dan pemimpin masyarakat harus bijak menggunaka­n khidmat serta bantuan yang diwujudkan agensi kerajaan dalam menyelesai­kan masalah yang timbul,” ujar Jugah.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Rumah Tangkun, Remabong, Engkilili pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini, kelmarin.

Katanya, sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, ketua-ketua kaum dan masyarakat termasuk tuai rumah, juga perlu mengetahui apakah aspirasi rakyat di peringkat akar umbi dan permasalah­an mereka untuk dibantu serta diberi keutamaan.

“Kita perlu mengutamak­an kebajikan rakyat, kita mahu semua rakyat di kawasan Parlimen Lubok Antu terus bekerjasam­a dan saling hormat menghormat­i.

“Ini akan memastikan hak rakyat terbela dan projek-projek yang diagihkan adalah menguntung­kan semua rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka,” tambah beliau.

Jugah memberitah­u, beliau akan memastikan kawasan Parlimen Lubok Antu terus dilimpahi projek pembanguna­n bernilai berjutajut­a ringgit yang disalurkan kerajaan persekutua­n.

“Justeru program Pemimpin Bersama Rakyat ini pula merupakan salah satu platform penting kepada saya untuk mendekati rakyat bagi mendapatka­n maklum balas mengenai permasalah­an dari peringkat akar umbi,” katanya.

Menurut beliau, dasar kerajaan persekutua­n adalah mengutamak­an pembanguna­n kepada rakyat supaya setiap lapisan masyarakat menikmati hasil kemerdekaa­n secara sama rata.

Sempena majlis itu, Jugah turut memperuntu­kkan RM100,000 untuk keperluan tapak rumah panjang baharu dan RM50,000 kepada empat Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kawasan tersebut.

Majlis yang berlangsun­g sederhana namun cukup meriah itu diselitkan dengan pelbagai aktiviti santai serta turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Jim Andrew Janggi dan ketua kaum setempat serta Tuai Rumah Tangkun Remabong.

 ??  ?? BERTEMU RAKYAT: Jugah (tengah) bersama tetamu jemputan lain memotong kek sebagai simbolik perasmian program.
BERTEMU RAKYAT: Jugah (tengah) bersama tetamu jemputan lain memotong kek sebagai simbolik perasmian program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia