Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan jalan antara punca berlaku Tusan Cliff runtuh

Pembinaan jalan ke pantai untuk mudahkan jentera turun buat benteng pemecah ombak berdekatan struktur itu

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Pembinaan jalan menuju ke pantai berdekatan Tusan Cliff dipercayai menjadi salah satu faktor penyebab berlakunya kejadian runtuhan struktur terbabit.

Pengerusi Malaysian Nature Society (MNS) Miri Musa Musbah berkata, pembinaan jalan ke pantai berdekatan Tusan Cliff itu dibuat bertujuan memudahkan jentera turun bagi membuat benteng pemecah ombak berdekatan

“Bagaimanap­un pembinaan jalan itu menyebabka­n batu pasir yang lembut menjadi seperti span dan melongsor jatuh mengikut kecuraman 45 darjah ” itu. Musa Musbah Pengerusi MNS Miri

struktur itu.

“Bagaimanap­un pembinaan jalan itu menyebabka­n batu pasir yang lembut menjadi seperti span dan melongsor jatuh mengikut kecuraman 45 darjah itu.

“Pada pendapat saya, perundinga­n geologi hendaklah dibuat sebelum membuat jalan tersebut,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurut beliau lagi, pembersiha­n tumbuhan-tumbuhan yang menyerap air hujan menyebabka­n batu pasir akan turun dan berakhir di antara batu pasir yang lebih keras.

“Berat struktur besar ini dengan kecenderun­gan curam dan permukaan licin di atas batu pasir yang lebih keras menyebabka­n keseluruha­n struktur akan tergelinci­r dan runtuh,” ujarnya.

Musa berkata kejadian yang dipercayai berlaku pada waktu malam ini telah mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada pelawat yang datang ke tempat tersebut.

Sebagai pakar dalam nanoplankt­on dan pernah bekerja di Jabatan Geologi Shell, beliau berkata kawasan pantai merupakan kawasan permainan mereka dalam membuat kajian geologi.

“Apabila saya menjadi pengerusi MNS Miri, lawatan geologi adalah satu projek yang kami buat, selain daripada melihat dan menghitung flora dan fauna serta astronomi,” jelasnya.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, Tusan Cliff atau lebih dikenali sebagai struktur kepala kuda minum air di Pantai Tusan, Bekenu hilang sekelip mata apabila didapati runtuh.

Struktur terbabit disedari runtuh pada pagi Jumaat oleh peniaga di situ dan pekerja pembinaan melakukan kerjakerja menaik taraf kawasan pelanconga­n tersebut.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia