Utusan Borneo (Sabah)

Pemilihan, pelantikan murid sebagai pengawas sekolah melahirkan pemimpin muda berkualiti

-

BINTULU: Pemilihan dan pelantikan murid sebagai pengawas sekolah akan melahirkan generasi pemimpin muda yang bukan sahaja dapat membantu guru di sekolah bahkan mampu menjadi pemimpin muda yang berkualiti apabila keluar daripada alam persekolah­an.

Langkah yang diambil Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit menganjurk­an Kursus Kepimpinan Muda untuk 58 pegawas SK Kelawit merangkumi Pengawas Harian, Pengawas Asrama, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)dan Pengawas Bilik Buku Tekas (BOSS) di dewan mini sekolah itu kelmarin amat bertepatan ke arah usaha itu.

Berucap merasmikan program itu Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kelawit Saadiah Bakar berkata, murid yang terpilih perlu berasa bangga kerana mereka telah dilantik menjadi pengawas sekolah.

Justeru beliau menyeru murid yang dilantik sebagai pengawas menjalanka­n tugas dengan baik sekali gus menghargai usaha pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Sebauh yang banyak mengadakan aktiviti ke arah kemenjadia­n murid.

Beliau turut menyatakan mengenai kepentinga­n menanam sikap hormat menghormat­i dalam diri murid terutama hormat kepada ibu bapa, guru dan komuniti serta mengamalka­n nilai murni yang ada.

Terdahulu Guru Besar SK Kelawit Janudin Abdul Rahman berkata, kursus yang diadakan itu untuk memberi penjelasan tentang tugas dan tanggungja­wab pemimpin muda selaku pengawas sekolah.

Selain itu katanya, ia untuk melatih murid tentang semangat kerjasama dan melahirkan pemimpin muda yang berkualiti untuk membantu guru di sekolah.

Janudin berharap murid yang dilantik menjadi pengawas sekolah itu dapat menjalanka­n tugas dengan baik dan dapat membantu guru terutama menangani masalah disiplin murid di sekolah tersebut.

Turut hadir Penolong Kanan I Bala Laja, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Rudy Chuat dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Endrew Lijong.

 ??  ?? PERMOHONAN KGC:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat membantu mengisi borang permohonan KenyalangG­oldCard(KGC)selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama rakyat di Taman Tunku, Miri semalam. Selain menemui rakyat, Ripin menerangka­n tentang program pembanguna­n kerajaan negeri. Lebih 500 hadir pada majlis itu dan 200 borang KGC diterima. Hadir sama Pengerusi SUPP Lambir Lee Thin Hin dan Ketua Pemuda merangkap pengerusi penganjur Esther Wong.
PERMOHONAN KGC: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat membantu mengisi borang permohonan KenyalangG­oldCard(KGC)selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama rakyat di Taman Tunku, Miri semalam. Selain menemui rakyat, Ripin menerangka­n tentang program pembanguna­n kerajaan negeri. Lebih 500 hadir pada majlis itu dan 200 borang KGC diterima. Hadir sama Pengerusi SUPP Lambir Lee Thin Hin dan Ketua Pemuda merangkap pengerusi penganjur Esther Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia