Utusan Borneo (Sabah)

BERSATU Sarawak mahu berperanan lebih besar, ketuai PH hadapi PRN

-

KUCHING:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak mahu memainkan peranan lebih besar bahkan mengetuai Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka berlangsun­g bilabila masa pada tahun ini.

Pengerusi BERSATU Sarawak Jaziri Alkaf A. Suffian berkata, malahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi BERSATU sudah memberi indikasi bahawa Sarawak akan menjadi tumpuan utama parti selepas BERSATU membuat pemilihan parti pada Jun 2020.

“Kita sedia menyahut cabaran ini kerana sudah ada maklum balas daripada pengundi di akar umbi yang mahu BERSATU Sarawak menjadi tunjang utama dalam PRN nanti.

“Saya melihat Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi BERSATU telah melancarka­n semboyan dan BERSATU Sarawak telah bersedia serta membuat persediaan rapi untuk bertanding dalam PRN,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Dr Mahathir yang dipetik BERNAMA selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Putrajaya pada Jumaat lalu memberitah­u, persediaan menghadapi PRN Sarawak antara yang dibincangk­an pada mesyuarat itu.

Dr Mahathir juga berkata, PH akan mengadakan konvensyen untuk menentukan calon-calon yang dilantik supaya mereka tidak berlawan antara parti komponen, yang akan menjejaska­n peluang untuk menang dan membentuk kerajaan negeri baharu.

“Kita akan mengadakan konvensyen, namun tarikhnya bakal ditentukan kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai calon dan kerusi yang akan ditandingi parti itu, Jaziri berkata, nama calon dan kerusi akan diserahkan kepada Dr Mahathir dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kata putus adalah terletak di tangan mereka,” katanya.

Beliau berkata, satu mesyuarat telah diadakan di Bintulu pada Sabtu untuk ketua penerangan Bahagian-Bahagian BBERSATU Sarawak bagi mengenal pasti kelemahan dan memperkuat­kan kehadiran parti di negeri ini serta menilai kredibilit­i calon berpotensi.

Mengenai perkara berkaitan, Jaziri bagi pihak jawatankua­sa BERSATU Sarawak menggesa semua pihak supaya berhenti melakukan provokasi tentang isu peralihan kuasa melibatkan jawatan Perdana Menteri.

Sebaliknya, kata beliau, mereka diingatkan untuk lebih memfokuska­n kepada agenda memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Bersandark­an penerangan yang dijelaskan oleh Dr Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH lalu, kata Jaziri, ia sudah cukup untuk menjawab segala isu berkaitan peralihan kuasa antara Perdana Menteri itu dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dr Mahathir telah menjelaska­n pada sidang media itu bahawa segala keputusan telah diserahkan kepada beliau dan apa yang diputuskan beliau akan dituruti oleh pimpinan PH.

“Menurut Dr Mahathir, peralihan akan berlaku selepas Persidanga­n APEC (Asia-Pasific Economic Cooperatio­n) tetapi tiada tarikh yang ditetapkan. Malahan Dr Mahathir telah menjelaska­n keputusan bila untuk meletak jawatan (Perdana Menteri), terpulang kepada beliau tentukan masa.

“Oleh itu adalah lebih baik bagi kita di PH untuk memberi tumpuan lebih kepada memberi perkhidmat­an kepada rakyat yang kini semakin terhimpit akibat kekangan ekonomi yang berlaku ketika ini.

“Marilah kita hentikan politik yang keterlalua­n dan mempunyai kepentinga­n peribadi kerana rakyat sudah bosan dengan agenda sedemikian,” kata Jaziri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia