Utusan Borneo (Sabah)

Tiada lagi tarikan, peniaga bimbang pendapatan terjejas

Kejadian runtuhan Tusan Cliff memberi kesan kepada peniaga yang mencari rezeki berdekatan kawasan itu

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

BEKENU: Kejadian runtuhan Tusan Cliff yang menggempar­kan industri pelanconga­n negeri ini sememangny­a turut memberi kesan kepada para peniaga yang mencari rezeki berdekatan kawasan berkenaan.

Seorang peniaga, Kamariah Azman, 30, berkata perasaanny­a cukup kecewa dengan kejadian yang tidak disangka ini berikutan struktur tarikan pelancong itu merupakan salah satu sumber pendapatan beliau.

“Benda itu (Tusan Cliff) antara tarikan yang membuatkan pelancong mahu datang ke Pantai Tusan sekali

“Benda itu (Tusan Cliff) antara tarikan yang membuatkan pelancong mahu datang ke Pantai Tusan sekali gus menambahka­n pendapatan saya yang sudah lama berniaga di sini. Kamariah Azman Peniaga

gus menambahka­n pendapatan saya yang sudah lama berniaga di sini.

“Besar harapan saya agar kerajaan memikirkan jalan penyelesai­an untuk ini agar tidak menjejaska­n pendapatan kami peniaga-peniaga kecil di sini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau turut meluahkan harapannya agar pengunjung tetap datang ke Pantai Tusan walaupun struktur Tusan Cliff telah runtuh namun mereka boleh datang untuk melihat keindahan pantai di sini.

Dalam pada itu, Kamariah turut mendedahka­n bahawa tidak lama sebelum kejadian berlaku beliau sendiri ada mendapati pasir-pasir pada struktur itu seperti hendak runtuh.

“Hari itu ada saya lihat sikit lagi macam pasir tu mahu runtuh disebabkan ombak. Struktur tu sebenarnya bukan batu yang keras namun hanyalah pasir.

“Ada kemungkina­n kejadian ribut yang berlaku pada hari kejadian menyebabka­n struktur itu runtuh tanpa dijangka,” jelas beliau.

Kamariah merupakan salah seorang peniaga yang menjual kuih dan minuman berdekatan kawasan Pantai Tusan.

 ??  ?? BERI KESAN: Kamariah berniaga kuih dan minuman di Pantai Tusan turut berasa sedih dengan kejadian runtuhan Tusan Cliff.
BERI KESAN: Kamariah berniaga kuih dan minuman di Pantai Tusan turut berasa sedih dengan kejadian runtuhan Tusan Cliff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia