Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat bincang keruntuhan ikon pelanconga­n Pantai Tusan hari ini

-

MIRI: Satu mesyuarat bagi membincang­kan mengenai ikon pelanconga­n Pantai Tusan, iaitu struktur menyerupai kuda minum air di cenuram pantai berkenaan atau lebih dikenali sebagai ‘Drinking Horse Tusan Cliff’, yang dilaporkan runtuh semalam, akan diadakan Isnin ini (hari ini).

Tanda mercu pelanconga­n itu runtuh sepenuhnya hanya meninggalk­an longgokan tanah keras dan batu di pantai tersebut yang terletak kirakira 40 kilometer dari bandar raya Miri.

Menteri Muda Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Rosey Yunus ketika dihubungi kelmariin (Sabtu) berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Daerah Subis, Majlis Daerah Subis (MDS) dan beberapa pegawai teknikal pada Isnin ini.

“Sungguh sedih apabila mengetahui ikon ‘Drinking Horse Tusan Cliff’ yang menjadi tarikan pelanconga­n utama ke Pantai Tusan telah tiada lagi, setelah runtuh dan tidak meninggalk­an apa-apa kecuali timbunan runtuhan,” katanya.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, pelaksanaa­n kerja-kerja infrastruk­tur di Pantai Tusan kini masih dalam proses pembinaan.

“Sebenarnya, terdapat skop kerja dalam projek menaik taraf untuk membina benteng pemecah ombak serta tembok bagi melindungi tebingan Tusan daripada hakisan.

“Bagaimanap­un, ia sangat menyedihka­n kerana kita tidak sempat untuk menyiapkan­nya dan menyelamat­kan ikon pelanconga­n Pantai Tusan itu,” ujarnya.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin menyifatka­n Pantai Tusan sangat dekat dengan hatinya semasa beliau menyandang jawatan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan.

Malah pada 2017, ADUN Senadin itu mengetuai kumpulan berkepenti­ngan pelanconga­n tempatan dalam misi menyelamat­kan tebing Pantai Tusan itu termasuk pembentuka­n struktur ‘Drinking Horse Tusan Cliff’, daripada hakisan dan ombak dengan pelan pembanguna­n kawasan pantai serta keperluan infrastruk­tur rekreasi.

“Terdapat usaha menyelamat­kan struktur batu berkenaan dan projek penambahba­ikan infrastruk­tur untuk pantai berkenaan serta dalam pembinaan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

“Namun, sungguh menyedihka­n kerana kami tidak sempat menyelamat­kan pembentuka­n struktur unik tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahukan pihak berkuasa berkaitan menjalanka­n siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian itu dan menantikan usaha membina replika ‘Drinking Horse Tusan Cliff’ sebagai mercu tanda Pantai Tusan.

Seperti juga yang lain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii turut melahirkan rasa terkejut dengan kehilangan ikon pelanconga­n unik di Pantai Tusan itu.

“Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan sejumlah wang sangat banyak untuk membangunk­an tarikan pelanconga­n Pantai Tusan dan usaha masih (sedang) dilaksanak­an bagi melindungi tebing Pantai Tusan termasuk struktur ‘Drinking Horse Tusan Cliff’.

“Sekarang ia hilang. Mungkin kerajaan boleh mempertimb­ang membina replikanya untuk pantai tersebut,” cadang beliau.

Pantai Tusan dikenali kerana pembentuka­n batu yang unik di sepanjang garis pantai khususnya struktur ‘Drinking Horse Tusan Cliff’.

Pantai itu mula popular melalui media sosial selepas tercetusny­a fenomena air mata biru (blue tears) atau biolumines­cence di sepanjang pantai pada 2015.

 ??  ?? KENANGAN: Lee (lima kanan) bersama yang lain semasa lawatan tapak projek pembanguna­n di Pantai Tusan berlatarbe­lakangkan ‘Drinking Horse Tusan Cliff’ pada 16 Ogos tahun lalu.
KENANGAN: Lee (lima kanan) bersama yang lain semasa lawatan tapak projek pembanguna­n di Pantai Tusan berlatarbe­lakangkan ‘Drinking Horse Tusan Cliff’ pada 16 Ogos tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia