Utusan Borneo (Sabah)

17 peserta ladang kontrak lawat UPMKB, ladang ADAP 4FORTY Farm Industries

-

KUCHING: Seramai 17 peserta ladang kontrak Jabatan Pertanian Daerah Meradong dan Pakan mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dan ladang Adap 4Forty Farm Industries, Bintulu baru-baru ini.

Lawatan berkenaan diketuai Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Khamis Unting dan disertai Penolong Pegawai Pertanian Daerah Meradong Ela Irak serta Penolong Pegawai Pertanian Daerah Pakan Melissa Rangga.

Tujuan utama lawatan itu diadakan untuk menggalakk­an penglibata­n secara aktif para petani khususnya dalam perusahaan ladang kontrak bagi peserta tanaman kontan.

Peserta juga dapat menambahka­n ilmu pengetahua­n tentang Amalan Pertanian Baik (GMP) dan mengenali peranan agensi kerajaan dan secara langsung dalam pemerkasaa­n sektor pertanian.

Setiba sahaja di UPMKB, peserta diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Pertanian Kanan UPMKB Sat Maling.

Beliau menerangka­n secara ringkas tentang penubuhan UPMKB dan aktiviti yang dijalankan di kampus tersebut.

Selesai taklimat ringkas, peserta melawat ke kawasan haiwan ternakan yang ada di UPMKB seperti ternakan rusa, lembu daging, arnab, ayam, burung puyuh dan kambing.

Untuk ternakan ayam, peserta juga diberi pendedahan dan mempelajar­i serba sedikit proses penghasila­n daging ayam segar yang dijalankan pelajar UPMKB di bilik pemprosesa­n daging ayam.

Sesetengah hasil daripada ternakan yang diuruskan kakitangan dan pelajar itu akan dijual kepada orang ramai, manakala sesetengah hasil keluaran adalah diguna untuk tujuan penyelidik­an.

Seterusnya peserta melawat kawasan tanaman sayur-sayuran yang diuruskan pelajar UPMKB semasa aktiviti praktikal dijalankan.

Selain itu para peserta juga berpeluang melawat Taman Pertanian UPMKB di mana peserta diberi pendedahan tentang tanaman fertigasi dan tanaman cendawan tiram.

Selain itu, peserta juga berpeluang mempelajar­i teknik cantuman anak benih buahbuahan secara tampang seperti cantuman mata tunas dan cantuman baji di nurseri UPMKB.

Pada keesokan harinya lawatan diteruskan ke syarikat Adap Forty Farm Industries dan diberikan taklimat mengenai latar belakang syarikat dan aktiviti yang dijalankan oleh pegawai syarikat tersebut iaitu Mike Jiwan.

Antara inti pati yang menarik pada syarikat itu adalah ia menjalanka­n konsep ladang kontrak dengan para petani dalam menghasilk­an produk makanan yang berkhasiat dan organik untuk memenuhi pasaran setempat.

Seterusnya para peserta dibawa ke ladang tanaman fertigasi halia bentong, cili, rock melon, labu manis dan buahbuahan lain. Selain itu, terdapat juga tanaman aquaponik dan ternakan lembu daging.

Program ini melaksanak­an pembelajar­an melalui lawatan sambil belajar yang memberi peluang kepada peserta mengetahui perkembang­an teknologi terkini sektor pertanian di Malaysia dan memberi persepktif baharu dalam kalangan petani.

Malahan diharapkan menerusi pembelajar­an melalui lawatan sambil belajar dapat dilaksana sebagai salah satu alternatif pembelajar­an bagi para petani lain.

 ??  ?? LAWATAN: Para peserta berpeluang melihat sendiri konsep pertanian atau penternaka­n semasa lawatan.
LAWATAN: Para peserta berpeluang melihat sendiri konsep pertanian atau penternaka­n semasa lawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia