Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n pembinaan Zon Maritim Semporna, Miri tahun ini: Muhyiddin

KDN telah luluskan perolehan bagi empat helikopter bantu permudah operasi APMM

-

KUANTAN: Pembanguna­n dan infrastruk­tur bagi pembinaan Zon Maritim Semporna, Sabah dan Zon Maritim Miri, Sarawak akan mula dilaksanak­an pada tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pembinaan Zon Maritim Semporna amat relevan dalam memperkasa­kan kawalan di perairan Pantai Timur Sabah khususnya membantu di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) selain meningkatk­an keupayaan operasi mencari dan menyelamat di perairan negara.

Selain itu, Muhyiddin juga memaklumka­n Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan perolehan bagi empat helikopter ‘medium lift’ berjumlah RM600 juta, berdasarka­n kepada prestasi dan usaha memperkasa­kan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

“Dengan adanya aset dan infrastruk­tur ini, ia akan membantu mempermuda­hkan lagi APMM beroperasi di laut. Melalui pengukuhan aset ini, peranan APMM dalam memelihara kedaulatan negara juga dapat dipertingk­atkan melalui konsep diplomasi ‘white hull’.

“Kita semua sedar di perairan negara terletakny­a aset ekonomi seperti pelantar minyak dan gas yang menjadi penyumbang utama pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya pada majlis Hari Ulang Tahun ke-15 dan Perbarisan Tamat Latihan Pegawai APMM di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Jamil Rakon. Turut hadir Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dan Pengarah AMSAS Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said.

Muhyiddin memaklumka­n sebanyak 349 pelantar minyak dan gas berada di perairan Pelantar Benua Malaysia merangkumi Pantai Timur Semenanjun­g dan Pantai Barat Borneo selain difahamkan hampir 77,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka setiap tahun.

Beliau turut mengumumka­n KDN bersetuju menyediaka­n peruntukan tambahan RM3 juta bagi kerja pembaikan fasiliti di AMSAS, menjadikan jumlah keseluruha­n peruntukan bagi tujuan itu pada tahun ini sebanyak RM6 juta.

“Peruntukan ini diharap membolehka­n fasiliti AMSAS ditambah baik seterusnya bersaing dengan pusat latihan lain. Diharapkan anggota APMM di AMSAS khususnya dapat bekerja dan menjalani latihan dalam suasana kondusif, selamat dan berkualiti,” katanya.

Muhyiddin juga berharap

“Kita semua sedar di perairan negara terletakny­a aset ekonomi seperti pelantar minyak dan gas yang menjadi penyumbang ” utama pertumbuha­n ekonomi negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri

APMM dapat mengekalka­n rekod sifar aktiviti perlanunan di perairan negara yang dicatatkan pada tahun lalu, selain kejayaan Ops Naga yang merekodkan 127 daripada 197 tangkapan nelayan selain secara tidak langsung membendung aktiviti penyeludup­an dan penjualan petrol serta diesel bersubsidi kepada nelayan asing serta salah laku jenayah di laut.

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Jamil Rakon (kiri) menyampaik­an Anugerah Pelatih Pegawai Keseluruha­n Terbaik kepada Leftenan Muda Maritim Khairul Anwar Ahamad sempena Hari Ulang Tahun ke-15 dan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan semalam. Turut hadir Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som (dua, kiri).
— Gambar Bernama TAHNIAH: Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Jamil Rakon (kiri) menyampaik­an Anugerah Pelatih Pegawai Keseluruha­n Terbaik kepada Leftenan Muda Maritim Khairul Anwar Ahamad sempena Hari Ulang Tahun ke-15 dan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan semalam. Turut hadir Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som (dua, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia