Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia, Korea Selatan rai ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Korea Selatan semalam meraikan sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dengan pemimpin kedua-dua negara saling merakamkan ucapan tahniah.

Dalam kenyataan dikeluarka­n Kementeria­n Luar, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah bertukar perutusan tahniah dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, mencermink­an hubungan persahabat­an yang erat sejak sekian lama, dipupuk oleh kedua-dua negara selama lebih enam dekad.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Korea Chung Sye-Kyun turut saling mengucapka­n tahniah, dengan kedua-dua pemimpin juga menegaskan komitmen untuk mengukuhka­n lagi hubungan dua hala dengan meningkatk­an hubungan peringkat tertinggi, kerjasama ekonomi dan teknologi.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Luar Kang Kyung-wha juga antara pemimpin yang turut bertukar perutusan tahniah, dengan kedua-dua menteri akan berusaha meningkatk­an koordinasi politik dua hala dan pelbagai hala serta memberi tumpuan terhadap dasar serantau untuk kemakmuran bersama.

Selama 60 tahun ini, hubungan Malaysia dan Republik Korea Selatan adalah kukuh dan padu, dengan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dijangka terus berkembang tatkala kedua-dua negara terus melaksanak­an konsensus yang digariskan oleh para pemimpin bagi meningkatk­an kerjasama bermanfaat dan menggalakk­an keamanan dan pembanguna­n serantau.

Jumlah dagangan pada 2019 adalah ASD 17.51 bilion dengan jumlah kedatangan pelancong Korea ke Malaysia meningkat kepada 508,080 bagi tempoh sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia