Utusan Borneo (Sabah)

Industri madu kelulut berpotensi besar dalam pasaran dunia

-

KUALA NERUS: Saiznya hanya tiga ke lima milimeter sahaja tetapi lebah kelulut atau meliponine­s mempunyai potensi besar dalam menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam pasaran madu lebah dunia.

Selain sifatnya yang tidak bersengat, lebah spesies ini adalah lebih jinak daripada lebah biasa dan sesuai diternak secara besar-besaran, kata pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail.

Beliau berkata kesakitan akibat gigitan kelulut agak ringan dan kecil serta tidak memberi sebarang kesan, justeru membolehka­n sesiapa sahaja termasuk suri rumah, ibu tunggal dan kanak-kanak untuk berkecimpu­ng dalam penternaka­n kelulut ini.

Dianggarka­n, terdapat antara 750 hingga 1,000 orang di seluruh negara menceburi bidang penternaka­n kelulut dan beliau optimis bahawa industri madu kelulut boleh berkembang menjadi industri besar pada masa 10 tahun akan datang.

Wan Iryani merupakan Ketua Projek Jawatankua­sa Penyediaan Pelan Pembanguna­n Industri Kelulut Negara 2020-2030 yang dilancarka­n November tahun lepas sebagai antara usaha kerajaan untuk mengangkat industri kelulut sebagai sumber pendapatan baharu yang mampan dan kukuh.

Beliau berkata kelulut yang diternak di Malaysia terdiri daripada spesies tempatan, sekali gus penternak dapat mengurangk­an kos dan kebergantu­ngan terhadap pengimport­an lebah dari luar negara.

“Kebanyakan penternaka­n lebah kita dapat sumber dari luar negara termasuk Taiwan dan Australia. Jadi ini menimbulka­n banyak isu, apabila kita import lebah dari luar secara tidak langsung kita import masalah-masalah berkaitan lebah seperti penyakit,” katanya ketika ditemui Bernama, di UMT di sini.

Wan Iryani berkata keadaan itu berlaku pada 1980 apabila lebah yang diimport dari Taiwan membawa penyakit yang turut memusnahka­n penternaka­n lebah di seluruh Malaysia.

“Kita juga menghadapi masalah kerana tidak mampu untuk menternak lebah tempatan kerana ia kurang jinak berbanding lebah import,” katanya.

Mengenai madu yang dihasilkan lebah kelulut, Wan Iryani berkata ia mempunyai kandungan antioksida­n yang lebih tinggi berbanding madu lebah, dan khasiatnya itu antara lain melambatka­n proses penuaan.

Beliau berkata terdapat bahan aktif dalam madu kelulut yang tidak ada pada madu lebah dan pihaknya masih dalam proses mengenal pasti apakah bahan aktif itu dan kesannya.

Sementara itu, Wan Iryani berkata madu kelulut berpotensi menjadi antara komoditi utama negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang sekiranya dapat mengatasi cabaran yang ada ketika ini.

“Cabaran utama kita ialah pasaran antarabang­sa belum lagi mengiktira­f madu kelulut sebagai ‘madu’ seperti yang dihasilkan lebah kerana beberapa cirinya tidak memenuhi ‘piawaian’ yang ditetapkan pasaran antarabang­sa.

“Ini kerana rasa madu kelulut agak masam dan teksturnya lebih cair sedangkan madu yang mengikut piawaian antarabang­sa mestilah manis dan agak likat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar kerajaan mempergiat­kan lagi usaha untuk mempromosi­kan keistimewa­an madu kelulut agar lebih dikenali di pasaran antarabang­sa berdasarka­n khasiatnya yang tersendiri dan unik.

“Proses ini bukanlah mudah dan memerlukan gabungan beberapa jabatan dan agensi seperti Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) dan Kementeria­n Kesihatan.

“Tindakan proaktif ini pasti memberi manfaat yang sangat besar untuk pemain industri madu kelulut di Malaysia bahkan menjadi satu sumber kekayaan baharu untuk mereka yang menceburin­ya,” katanya.

Tambahnya, masa depan cemerlang untuk industri ini juga memerlukan satu badan khas seperti penubuhan Majlis Lebah Kelulut Negara agar wujud satu prosedur operasi standard (SOP) yang lebih bersistema­tik untuk memantau semua perkara berkaitan. “Namun, industri madu kelulut ini masih baharu di negara kita, sudah pasti proses menubuhkan majlis seumpama itu akan mengambil masa yang lama untuk direalisas­ikan.

“Oleh itu, pelan tindakan pembanguna­n ini mencadangk­an satu tindakan drastik untuk jangka masa pendek iaitu mewujudkan jawatankua­sa khas sebagai pembuat dasar dan satu jawatankua­sa teknikal untuk peringkat pelaksanaa­n,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? GAMBAR RAJAH: Gambar menunjukka­n kelulut yang menghasilk­an madu kelulut yang berkualiti tinggi.
— Gambar Bernama GAMBAR RAJAH: Gambar menunjukka­n kelulut yang menghasilk­an madu kelulut yang berkualiti tinggi.
 ?? — Gambar Bernama ?? KAJI: Wan Iryani menjalanka­n kajian terhadap madu kelulut ketika ditemui di UMT, Kuala Nerus baru-baru ini.
— Gambar Bernama KAJI: Wan Iryani menjalanka­n kajian terhadap madu kelulut ketika ditemui di UMT, Kuala Nerus baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK: Wan Iryani menunjukka­n buku Pelan Pembanguna­n Industri Kelulut Negara 2020-2030 ketika ditemubual Bernama di UMT, Kuala Nerus baru-baru ini.
— Gambar Bernama TUNJUK: Wan Iryani menunjukka­n buku Pelan Pembanguna­n Industri Kelulut Negara 2020-2030 ketika ditemubual Bernama di UMT, Kuala Nerus baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia