Utusan Borneo (Sabah)

Tangani jurang, isu ekosistem untuk muncul negara maritim berjaya: Pakar

Banyak agensi mempunyai peranan bertindih yang menjejas ekosistem maritim di Malaysia

-

MANCHESTER: Malaysia, sebuah negara bertuah, bukan sahaja kaya dengan sumber semula jadi malah dianugerah­i kestabilan politik selain kedudukan geografi di Selat Melaka, yang menjadi laluan laut utama serta Laut China Selatan satu kelebihan organik untuk muncul sebagai negara maritim yang berjaya.

Lokasi sahaja bagaimanap­un tidak cukup untuk Malaysia berkembang maju dalam sektor ini, kata Pengasas dan Rakan Kongsi Urusan Kumpulan, Thought Partners Group Consulting (TPG), Abi Sofian Abdul Hamid.

“Malaysia perlu melihat lebih daripada itu, terutama dalam mengenal pasti jurang yang menjejaska­n ekosistem maritim di Malaysia dan pada masa sama, mengutamak­an perniagaan tempatan,” katanya kepada Bernama menerusi e-mel.

Abi Sofian, yang pernah menjadi ketua pegawai eksekutif NorthPort Bhd, berpendapa­t terdapat terlalu banyak agensi yang mempunyai peranan bertindih dan keadaan itu menjejaska­n ekosistem maritim di Malaysia.

“Tidak dinafikan keadaan sedia ada telah mendorong berlakunya beberapa pertindiha­n peranan yang boleh diabaikan tanpa dilaksanak­an kerana kedudukan mereka dalam struktur kementeria­n,” katanya.

Lembaga-lembaga pelabuhan mempunyai peranan yang agak jelas dalam menguruska­n pelabuhan, sama seperti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam mengendali­kan lapangan terbang, manakala Jabatan Laut bertanggun­gjawab mengawasi kawasan perairan negara sehingga ke sempadan antarabang­sa.

“Ada satu tahap mereka (Jabatan Laut) juga menguruska­n aset yang merupakan sebahagian daripada skop lembaga pelabuhan, seperti jeti laut dan jeti penumpang untuk feri. Mereka juga menjaga rumah-rumah api yang merupakan aset yang sangat strategik,” katanya.

Beliau berkata oleh itu, perlu ada usaha bersepadu untuk mengkaji semula fungsi dan peranan agensi-agensi sedia ada di dalam sektor ini.

Cabaran utama adalah untuk memperkema­s serta menggabung­kan di samping menambah fungsi dan peranan baharu, bertujuan menutup jurang yang melembapka­n sektor ini, katanya.

Kerajaan dilihat menyedari cabaran yang wujud dalam industri, oleh itu, ia menubuhkan Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Negara namun isu sebenar telah menjadi penghalang kepada mandat dan peranan majlis tersebut.

“Kami bergelut dengan Majlis Logistik Malaysia selama bertahun-tahun. Ada banyak perancanga­n, tetapi saya tidak pasti sama ada objektif asalnya telah dicapai atau sebaliknya. Dasar Pengangkut­an Negara tidak merangkumi teras khusus berkaitan logistik yang secara realitinya amat berkait rapat dengan pengangkut­an,” katanya.

Abi Sofian berpandang­an isu yang dihadapi industri maritim adalah serupa dengan industri penerbanga­n dengan pembentuka­n sebuah agensi seperti Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM).

Beliau berkata ini kerana pembentuka­n MAVCOM tidak semestinya menjadi satu penyelesai­an kerana seperti yang dapat dilihat sesetengah pihak mempersoal­kan keberkesan­an MAVCOM.

Pada 11 Disember, 2019, kerajaan mengumumka­n untuk membubarka­n MAVCOM, yang ditubuhkan pada 2016, dan memindahka­n fungsinya kepada Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM).

Sementara itu, Labuan Shipyard & Engineerin­g Sdn Bhd (LSE) mengalu-alukan sebarang perubahan struktur, dasar dan tindakan yang mendorong pertumbuha­n industri pembuatan dan baik pulih kapal.

“Kami percaya usaha turut perlu menumpukan kepada langkah mengutamak­an kemajuan bakat tempatan serta meningkatk­an peranan dan pengiktira­fan kepada kalangan syarikat perkapalan tempatan seperti LSE yang berperanan penting dan langsung dalam memberi impak positif ke atas kemajuan komuniti dan ekonomi sekitarnya.

“Para bakat tempatan dan pemain industri perlu diberikan ekuiti dan kesaksamaa­n peluang untuk matang dalam jangka panjang melalui langkah menggunaka­n kekuatan dan sumber mereka secara cekap, dengan itu memastikan negara memanfaatk­an semua bakatnya yang pelbagai seterusnya mengorak laluan bagi kemajuan mampan untuk kekal dalam industri ini,” katanya.

Pembuat kapal itu menekankan bahawa syarikat-syarikat tempatan sepatutnya meraih manfaat daripada kenaikan harga minyak global dan inisiatif pembanguna­n aktif oleh kerajaan Malaysia dan peserta sektor swasta.

“Bagi kami, LSE telah dan akan terus menumpukan penambahba­ikan dan inovasi berterusan agar kekal berdaya saing di samping memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan vendor kami serta komuniti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia