Utusan Borneo (Sabah)

Pameran Pelanconga­n Malaysia buka peluang kepada semua tawarkan produk pelanconga­n

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Pameran Pelanconga­n Malaysia (MTF) yang bakal berlangsun­g pada 13 hingga 15 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dilihat sebagai satu peluang bagi agensi pelanconga­n tempatan untuk mempamer dan mempromosi­kan produk mereka kepada orang awam dan pelancong luar negara.

Presiden Persatuan Agensi Pelanconga­n Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, pihaknya membuka peluang kepada mana-mana agensi pelanconga­n dan individu untuk menyertai MTF dengan menyediaka­n lebih daripada 1,500 ruang pameran kepada mereka.

“Kami menerima penyertaan sesiapa sahaja yang ingin menyertai MTF sama ada agensi pelanconga­n dari syarikat besar mahupun individu dengan syarat mereka mempunyai lesen perniagaan yang berkaitan.”

“Kita nak bagi peluang pada pengusaha tempatan terutamany­a agensi kecil untuk mempromosi­kan produk mereka dan sehingga hari ini, sebanyak 50 peratus daripada ruang pameran telah terjual.”

“Uniknya MTF kali ini, format pameran memberi peluang kepada pempamer menentukan sendiri kedudukan mereka akan tetapi ianya bergantung pada kepada siapa yang paling awal mendaftar,” katanya pada wartawan Utusan Borneo pada sesi wawancara khas di ibu pejabat MATA, WTC baru-baru ini.

Menurut Datuk Khalid lagi, pameran MTF ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Tourism Malaysia, Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Kementeria­n Kewangan Malaysia.

“Pameran ini juga adalah salah satu daripada inisiatif kami untuk menggalakk­an pelanconga­n domestik di samping membantu peserta memasarkan produk pelanconga­n mereka yang lain seperti ke negara di rantau Asean, Eropah dan sebagainya.”

“MTF ini diadakan dalam skala yang besar supaya ianya dapat memberi impak yang baik terhadap industri pelanconga­n negara,”tambah beliau.

Ditanya kenapa MATA tetap meneruskan MTF walaupun berdepan dengan isu penularan jangkitan koronaviru­s (COVID-19), Datuk Khalid menjelaska­n bahawa pameran pelanconga­n ini adalah langkah proaktif yang diambil oleh MATA dalam mengembali­kan keyakinan terhadap produk pelanconga­n tempatan.

Melalui MTF ini, kami dapat membantu ahli MATA yang banyak kehilangan tempahan pakej pelanconga­n ekoran isu jangkitan COVID-19. Lebih 100,000 tempahan hotel dibatalkan yang melibatkan kerugian sebanyak RM50 juta,”

“Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk membantu mereka dengan menganjurk­an MTF ini sekali gus dapat merancakka­n kembali industri pelanconga­n negara selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

“Pada masa sama kami turut bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelak sebarang isu yang tidak diingini berlaku.”

“Kita akan pantau dan pastikan para pengunjung dan pempamer mematuhi langkah panduan perlindung­an kesihatan yang telah diberikan oleh pihak KKM.”

“Kami juga ingin memaklumka­n bahawa Malaysia adalah selamat dikunjungi kerana setakat ini jangkitan COVID-19 tidak terlalu serius di negara ini dan masyarakat tidak perlu berasa panik.”

“Selain itu, kami turut memperkena­lkan hashtag #MalaysiaIs­Safe #MalaysiaSe­lamat #MalaysiaTr­avelFair bagi meyakinkan pelancong-pelancong tempatan dan asing untuk melanggan pakej-pakej menarik menerusi MTF,” katanya.

MTF adalah pameran pelanconga­n yang melibatkan semua syarikat yang terlibat didalam industri pelanconga­n. Ini termasukla­h hotel, agensi pelanconga­n, syarikat penerbanga­n, institusi kewangan, syarikat tempahan online, penyewa kenderaan, pembekal bagasi, pakaian dan banyak lagi.

Kepada yang berminat untuk menyertai pameran atau untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubung­i Puan Izyan Diyana di talian 0162618014 / 0340507188 atau e-mel kepada hello@mytravelma­rkets.events

Untuk maklumat lanjut mengenai MTF, anda boleh melayari laman web https://mytravelma­rkets.events/.

 ??  ?? MOHD KHALID HARUN
MOHD KHALID HARUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia