Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia jadi medan ujian NxGV, kata penganalis­is industri automotif

-

KUALA LUMPUR: Salah satu elemen baharu dalam Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 yang baru dilancarka­n, menyentuh mengenai Kenderaan Generasi Baharu (NxGV), yang bukan sahaja terdiri daripada Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) tetapi juga kenderaan berautonom­i dan Malaysia sedang bersedia untuk menjadi medan ujian bagi teknologi tersebut, kata penganalis­is industri automotif.

Elemen-elemen lain termasuk Mobiliti sebagai Perkhidmat­an( MaaS) dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Kesemua ini telah didedahkan dalam buku panduan NAP 2020 yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) kelmarin.

Menurut MITI, NxGV dikelaskan sebagai kenderaan yang memenuhi takrif klasifikas­i Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan dipertingk­atkan dengan aplikasi mobiliti pintar pada tahap automasi minimum - Automasi Bersyarat Tahap 3.

Penganalis­is Industri Automotif daripada Careta Media, Hezeri Samsuri memberitah­u Bernama, NAP 2020 akan memacu satu lagi peningkata­n baharu dalam perkembang­an industri automotif.

“Pemasangan sahaja tidak mencukupi dan NAP 2020 mahu memastikan rakyat Malaysia cukup mahir untuk turut terlibat dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kenderaan tersebut.

“Seperti yang anda lihat, NAP secara amnya, direka bagi membolehka­n Malaysia menjadi hab untuk NxGV,” katanya.

“Ini sangat baik tetapi Malaysia perlu bergerak pantas dalam menarik pelabur kerana Thailand dan Indonesia, kedua-duanya sangat cepat dalam perancanga­n mereka,” kata Hezeri.

Malaysia perlu lebih mesra kepada pelabur dan mereka sebaliknya, perlu memahami bahawa rakyat Malaysia lebih mampu daripada menjadi pekerja kilang semata-mata, malahan, mereka berupaya menyumbang kepada bahagian R&D produk, kita tidak mahu tewas kepada Thailand yang lebih terserlah dalam pemasangan automotif.

“NAP memberikan kita peluang untuk menerajui NxGV tetapi jika tiada yang signifikan berlaku dalam tempoh 12 bulan akan datang, kemungkina­n kita akan tetap tertinggal di belakang Thailand dan mungkin Indonesia jika kita masih berlengahl­engah serta memberi terlalu banyak alasan dan ‘rancangan’,” kata Hezeri.

Beliau menjelaska­n sebenarnya, NAP bukanlah perkara baharu kerana dasar ini, buat pertama kali pernah diumumkan pada 2006, yang mana tumpuan diberikan ke atas integrasi rantaian bekalan, manakala NAP 2009 memberi fokus untuk mendapatka­n pelaburan asing bagi meningkatk­an industri automotif negara.

Sementara itu, katanya lagi, NAP 2014 telah menjurus ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab untuk EEV dan yang terkini, NAP 2020 dirangka bagi menyediaka­n industri ke peringkat selanjutny­a iaitu NxGV.

“Ramai yang kecewa kerana mereka berharap lambakan insentif. Ini sudah dijangka kerana negara jiran telah mengumumka­n insentif kepada pelabur dan pengguna domestik mereka,” katanya.

Sebenarnya, Malaysia merupakan negara pertama yang menawarkan insentif untuk kenderaan cekap tenaga dan secara berperingk­at, sedang berubah daripada penawaran insentif ke atas model import (CBU) kepada mengutamak­an pemasangan tempatan (CKD) dalam pemberian rangsangan.

“Malangnya, dengan pasaran yang kecil, tidak semua pembina berminat untuk memasang produk mereka di sini, jumlah yang rendah tidak menguntung­kan bagi mereka untuk mewajarkan operasi CKD mereka di sini,” kata Hezeri.

Mujurlah, ia masih tidak terlambat keran aNA P 2020 sendiri merupakan satu set dasar.

“Insentif, peraturan dan hala tuju direka berteraska­n kepada dasar dan kami berharap Malaysia akan mengumumka­n lebih lanjut mengenai strategi automotif baharu berkaitan,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia