Utusan Borneo (Sabah)

Korea Selatan terus lapor kematian COVID-19

Sejumlah 123 kes baharu dicatatkan, dua kematian direkodkan, kes kini kedua tertinggi di luar China

-

SEOUL: Korea Selatan melaporkan dua lagi kematian akibat koronaviru­s COVID-19 dan 123 lagi kes semalam, dengan hampir dua pertiga pesakit baharu yang ada kaitan dengan sebuah kumpulan keagamaan.

Bilangan kebangsaan sebanyak 556 kes kini merupakan yang kedua tertinggi di luar China, selain kapal peranginan Diamond Princess di Jepun, selepas jumlah jangkitan melonjak sejak beberapa hari lalu.

Dua kematian berkenaan menjadikan jumlah di seluruh negara sebanyak empat.

Salah seorang mangsa berada di sebuah hospital di Cheongdo, sebuah bandar raya selatan yang dikaitkan dengan kumpulan keagamaan terbabit, di mana kirakira 100 kes dilaporkan.

Di antara jangkitan terbaharu, 75 melinatkan Shincheonj­i Church of Jesus di bandar raya selatan Daegu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea menyebut dalam satu kenyataan.

Ratusan anggota gereja itu kini sudah dijangkiti, bermula dengan seorang wanita berusia 61 tahun yang demam pada 19 Februari lepas tetapi menghadiri sekurang-kurangnya empat kebaktian gereh di Daegu sebelum dia didiagnos.

Daegu, bandar raya keempat terbesar di Korea Selatan dengan 2.5 juta penduduk, melaporkan lebih 90 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n di bandar raya tersebut sebanyak 247, kata Datuk Bandar Kwon Young-jin.

“Tahap krisis di Daegu dan wilayah Gyeongsang Utara adalah amat serius,” kata Kwon, yang menasihatk­an penduduk tempatan untuk duduk di rumah.

Datuk bandar itu meminta semua anggota Shincheonj­i dengan simptom untuk tampil dan menjalani pemeriksaa­n.

“Bersembuny­i bukan jawapannya.

“Jika anda bersembuny­i, ia boleh menjejaska­n kesihatan anda, kesihatan keluarga anda, dan tidak akan membantu untuk menamatkan situasi ini dengan awal,” kata Kwon di satu sidang akhbar.

Daegu dan Cheongdo, tempat kelahiran pengasas Shincheonj­i Lee Man-hee, telah ditakrif sebagai zon pengurusan khas pada Jumaat lepas.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menaikkan nasihat perjalanan­nya ke Korea Selatan, untuk menyertai beberapa buah negara yang memperting­katkan tahap pengwasan ekoran peningkata­n jumlah jangkitan yang mendadak baru-baru ini di negara itu.

Warga AS disuruh lebih berhati-hati apabila mereka pergi ke Korea Selatan di mana penularan komuniti yang berterusan dilaporkan.

“Penularan komuniti berterusan bermakna rakyat di Korea Selatan telah dijangkiti virus itu, tetapi bagaimana atau di mana mereka dijangkiti tidak diketahui, dan penularan sedang berlaku,” Jabatan Negara menyebut dalam laman sesawangny­a.

Dalam perkembang­an berasingan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS turut mengeluark­an notis kesihatan perjalanan ‘Alert Level 2’ dan berkata orang dewasa yang lebih tua dan mereka dengan keadaan perubatan kronik harus menimbang untuk menundakan perjalanan yang tidak penting.

Britain turut menasihati warganya untuk tidak melakukan semua perjalanan kecuali perlu sahaja ke Daegu dan Cheongdo.

 ?? — Gambar AFP ?? BERSIH: Para pekerja memakai sut perlindung­an menyembur cecair nyah kuman di sebuah pasar basah di bandar tenggara Daegu, semalam sebagai langkah pencegahan dalam menghadapi penularan wabak COVID-19.
— Gambar AFP BERSIH: Para pekerja memakai sut perlindung­an menyembur cecair nyah kuman di sebuah pasar basah di bandar tenggara Daegu, semalam sebagai langkah pencegahan dalam menghadapi penularan wabak COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia