Utusan Borneo (Sabah)

Dua askar Nigeria maut diserang militan

-

KANO: Dua anggota tentera Nigeria telah terkorban dalam pertempura­n dengan militan pelampau di wilayah timur laut Adamawa di Nigeria, menurut sumber militia dan penduduk kelmarin.

Militan yang tiba dalam beberapa buah trak menyerbu Garkida pada lewat Jumaat dan menyerang anggota tentera yang mengawal pekan itu dalam pertempura­n bersenjata yang memaksa penduduk untuk melarikan diri ke gunung berhampira­n.

“Dua anggota tentera telah terbunuh dalam pertempura­n yang menyebabka­n penduduk melarikan diri ke gunung yang menghadap ke arah pekan tersebut,” kata ketua militia Bitrus Andrew.

Tiada kumpulan mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan namun ia kelihatan memiliki ciri-ciri kumpulan Islamic State West Africa (ISWAP).

Militan pelampau melancarka­n serangan kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, membakar sebuah seminari Kristian dan beberapa kenderaan termasuk dua ambulans milik sebuah hospital awam, kata penduduk Garkida Abdullahi Isah yang menyatakan jumlah yang sama.

Tiada orang awam yang telah tercedera dalam serangan ketika semua penduduk melarikan diri dari pekan itu semasa pertempura­n berkenaan, jelas sumber-sumber tersebut,

“Selepas pengganas menghalau keluar anggota tentera dari pekan itu, mereka melakukan pembakaran dan meninggalk­an tempat itu,” kata Isah.

Garkida terletak kira-kira 165 kilometer di utara bandar utama wilayah, Yola dan berhampira­n dengan sempadan negara dengan Borno, yang telah terjejas dengan teruk oleh keganasan Boko Haram selama satu dekad.

Keganasan pejuang jihad telah mengorbank­an 36,000 orang dan menyebabka­n kira-kira dua juta orang meninggalk­an kediaman mereka di timur laut sejak 2009.

Konflik merebak sehingga ke negara jiran Niger, Chad dan Cameroon, mendesak pakatan tentera wilayah ditubuhkan bagi menentang militan pelampau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia