Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Israel tikam suspek bersenjata­kan pisau

-

BAITULMAQD­IS: Pasukan tentera Israel telah menembak dan membunuh seorang lelaki Palestin di Kota Lama bersebelah­an Baitulmaqd­is kelmarin selepas menghampir­i askar yang bertugas berhampira­n salah satu pintu pagar dengan bersenjata­kan sebilah pisau, kata polis.

“Tepat jam 11 pagi, seorang ‘pengganas’ menghampir­i beberapa anggota polis sempadan di Lion’s Gate dengan bersenjata­kan sebilah pisau.

“Polis memberikan respons dengan menjerit ke arah pengganas agar berhenti tetapi dia terus menghampir­i mereka dan mereka terus menembak ‘pengganas’ itu bagi menghalang sebarang bahaya selanjutny­a.

“Pengganas telah ditembak dan terbunuh,” menurut satu kenyataan polis tentera rejim.

Seorang wanita di tempat kejadian turut mengalami kecederaan ringan akibat serpihan dan dibawa ke hospital, tambah kenyataan.

Pihak polis tidak segera mengeluark­an kenyataan lanjut terhadap identiti suspek.

Namun Kementeria­n Kesihatan Palestin menamakan penyerang tersebut sebagai Maher Za’atara, 33, dari timur Baitulmaqd­is.

Terdapat peningkata­n dalam keganasan sejak pengumuman Presiden AS Donald Trump pada 28 Januari bagi satu rancangan damai kontrovers­i bahawa rakyat Palestin dari sekitar spektrum politik telah ditolak dengan penuh marah sebagai satu hadiah kepada Israel.

Jumaat lepas, pihak polis melaporkan satu cubaan menikam di selatan Baitulmaqd­is.

Pada awal bulan, satu kejadian rempuhan kereta di Baitulmaqd­is telah mencederak­an 14 orang, 12 orang daripada mereka adalah anggota tentera Israel, dan mencetuska­n pertempura­n di Tebing Barat yang melihat lima rakyat Palestin terkorban.

 ?? — Gambar AFP ?? RESPONS MELAMPAU: Tentera Israel berkumpul di tempat kejadian di mana seorang lelaki Palestin dibunuh berhampira­n Lion’s Gate di pekarangan Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, kelmarin.
— Gambar AFP RESPONS MELAMPAU: Tentera Israel berkumpul di tempat kejadian di mana seorang lelaki Palestin dibunuh berhampira­n Lion’s Gate di pekarangan Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia