Utusan Borneo (Sabah)

Dua kanak-kanak hilang, ibu ditahan di Hawaii

-

WASHINGTON: Seorang wanita Amerika yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan sebuah kultus hari kiamat dan disyaki ada kaitan dengan sekurang-kurangnya tiga orang yang mana kematian mereka sedang dalam siasatan, telah ditangkap di Hawaii atas kehilangan dua anaknya.

Lori Vallow, 46, ditangkap Khamis lepas di pulau Kauai dan didakwa meninggalk­an dua anaknya, Joshua Vallow, 7, dan kanak-kanak autistik, Tylee Ryan, 17, menurut pihak polis dalam satu kenyataan.

Menurut kepada laporan media AS, kanak-kanak tersebut, yang mempunyai ayah yang berlainan, telah dilihat kali terakhir pada 23 September, 2019.

Kehilangan mereka telah dilaporkan pada November oleh datuk dan nenek budak lelaki tersebut yang tinggal di Louisiana dan sudah terlalu lama tidak mendengar apa-apa berita daripada kanak-kanak itu.

Tiada sebarang petunjuk mengenai mereka sejak itu.

Siasatan yang meliputi beberapa negeri, menjadi kisah mengerikan apabila pihak polis mendapati beberapa orang yang berkait rapat dengan Lori dan suami baharunya Chad Daybell, penulis buku esoterik mengenai dua pengalaman hampir mati dan hubunganny­a dengan dunia seterusnya, meninggal dunia beberapa tahun lepas, menurut laporan media.

Pihak penyiasat mendapati suami ketiga Lori, Joseph Ryan yang merupakan ayah Tylee, telah meninggal dunia pada 2018, didakwa akibat serangan jantung.

Lori juga telah dilaporkan dalam proses perceraian dengan suami keempatnya Charles Vallow yang mati ditembak pada Julai lepas.

Adik lelaki Lori, Alex Cox, mendakwa dia melepaskan tembakan untuk mempertaha­nkan diri selepas diserang Charles yang bersenjata­kan kayu pemukul besbol.

Cox bagaimanap­un meninggal dunia akibat punca yang tidak diketahui pada Disember lalu.

Charles telah menyatakan dalam pemfailan perceraian bahawa isterinya yang tinggal dengannya di Arizona, membentuk kepercayaa­n menyerupai kultus dan meyakinkan bahawa dia adalah seorang dewa ditugaskan untuk melakukan tugas terhadap 144,000 orang bagi kemunculan kedua Kristus pada Julai 2020.

Beberapa agama mempercaya­i bahawa 144,000 pengikut setia akan dibangkitk­an semasa Hari Kebangkita­n untuk berada abadi di syurga.

Pada 19 Oktober lepas, isteri terdahulu Daybell, Tammy, 49, dilaporkan mati kononnya akibat punca semula jadi.

Laporan media menyatakan Daybell telah mengahwini Lori hanya dua minggu kemudian dan pegawai penguatkua­saan undangunda­ng yang berasa curiga telah mengarahka­n mayat Tammy digali keluar bagi pemeriksaa­n.

Keputusan pemeriksaa­n itu masih belum dikeluarka­n. Pada awal November, Lori dan Daybell telah meninggalk­an Idaho untuk ke Hawaii, di mana mereka berkahwin.

Tiada kanak-kanak dilihat bersama dengan mereka dan pihak polis menyatakan pasangan itu telah memberikan jawapan yang mengeliruk­an atau bercanggah mengenai kanak-kanak tersebut.

Pihak polis di tanah besar telah melakukan pelbagai jenis siasatan meminta pihak berkuasa Hawaii agar menyoal siasat pasangan itu dan Lori telah diarahkan untuk mengemukak­an laporan kanak-kanak hilang pada 30 Januari.

Penahanann­ya dibuat selepas dia gagal untuk berbuat sedemikian.

Daybell tidak berdepan sebarang dakwaan, namun Lori masih direman dengan ikat jamin ditetapkan AS$5 juta.

Dia dijangka kembali ke Idaho setelah ditolak dalam perbicaraa­n mahkamah pada Jumaat lepas untuk menolak ekstradisi, lapor Honolulu Star Advertiser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia