Utusan Borneo (Sabah)

Versi hitam putih filem ‘Parasite’ beri pengalaman berbeza

-

MENONTON versi hitam putih bagi filemnya yang telah memenangi beberapa anugerah Oscar ‘Parasite’ akan memberi pengalaman yang “berbeza” dan “aneh” kepada penonton, kata pengarah Bong Joon-ho pada Rabu lepas sebelum versi baharu dirasmikan pada minggu ini.

Pengarah itu selama ini sememangny­a amat menyukai filem monokrom, dan berkata ia memberi pengalaman visual yang lebih intim kepada penonton.

“Apabila warna tiada, kita dapat memberi fokus yang lebih kepada raut wajah pelakon dan mata mereka” selain nuansa butiran, kata Bong kepada pemberita di Seoul selepas dia pulang dengan kemenangan dari Amerika Syarikat.

Anugerah Oscar Filem Terbaik yang bersejarah bagi filem itu – yang pertama dalam sejarah bagi sebuah filem bukan bahasa Inggeris – dan tiga anugerah lain, Pengarah Terbaik, Filem Cereka Antarabang­sa Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik, telah mencetuska­n keterujaan yang amat besar di negara asalnya, dengan budayanya yang telah mencapai populariti di seluruh dunia.

Namun Bong berkata dia harap ‘Parasite’ dapat diingati juga kerana kandungann­ya, bukan sahaja kerana anugerah yang diterimany­a.

“Saya faham bahawa filem itu akan diingati sebagai sesuatu yang bersejarah pada akhirnya, tetapi saya harap filem itu dapat diingati sebagai sebuah filem,” katanya.

Filem itu merupakan kisah satira gelap tentang jurang yang semakin meluas di antara golongan kaya dengan golongan miskin, yang menceritak­an tentang sebuah keluarga miskin yang menyelinap masuk ke dalam sebuah keluarga yang mewah.

Kesemuanya menganggur pada awal cerita, anggota keluarga miskin itu tinggal di dalam sebuah flet tingkat bawah tanah yang suram, kotor dan penuh dengan lipas, dan bau lembap dalam flet itu melekat pada mereka di luar lingkungan­nya.

Versi hitam putih, yang Bong cipta bersama pakar sinematogr­afi Hong

Kyung-pyo, dijadual dikeluarka­n di pawagam Korea Selatan pada minggu ini, untuk menjadi filem kedua pengarah itu yang disampaika­n dalam monokrom selepas filem aksinya pada 2009 ‘Mother’.

Ia ditayangka­n di sebuah festival filem antarabang­sa pada bulan lepas, apabila menurut Bong, seorang penonton memberitah­unya: “Versi hitam putih menjadikan bau dalam filem itu rasa lebih tulen.”

“Saya memang mengagumi filem klasik selama ini – terdapat jangka waktu pada masa lalu di mana semua filem dibuat dalam hitam putih,” katanya.

“Saya selalu ingin tahu bagaimana rupa filem itu jika saya tinggal pada zaman

1930an.” Pengedar filem itu telah melancarka­n kempen promosi yang intensif sebelum Majlis Anugerah Akademi, kata Bong, yang melibatkan sekurangku­rangnya 600 temuramah media dan 100 sesi soal jawab – pada satu ketika menyebabka­n pelakon Song Kang-ho berdarah hidung kerana keletihan.

 ?? — Gambar AFP ?? TERBAIK: Gambar bertarikh 19 Februari 2020 menunjukka­n Bong Joon-ho bergambar bersama barisan pelakon dan kru filem ‘Parasite’ semasa satu sidang media di Seoul, selepas filem arahannya itu menang Oscar untuk Filem Terbaik.
— Gambar AFP TERBAIK: Gambar bertarikh 19 Februari 2020 menunjukka­n Bong Joon-ho bergambar bersama barisan pelakon dan kru filem ‘Parasite’ semasa satu sidang media di Seoul, selepas filem arahannya itu menang Oscar untuk Filem Terbaik.
 ??  ?? BONG JOON-HO
BONG JOON-HO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia