Utusan Borneo (Sabah)

Viral: Permintaan untuk filem bertemakan penyakit meningkat

- Oleh Jerome Taylor

KETIKA dunia berdepan dengan penularan sejenis virus baharu yang menyebabka­n kematian, minat terhadap siri TV, permainan dan filem bertemakan penyakit telah meletup, selepas penonton yang bimbang beralih kepada dokumentar­i dan filem bencana bagi mendapatka­n jawapan dan cara untuk menangani keadaan itu.

Carta muat turun filem iTunes biasanya didominasi filem blokbuster terbaharu.

Tetapi sejak beberapa minggu lepas, sebuah filem dari zaman silam telah melonjak dalam carta – filem aksi arahan Steven Soderbergh pada 2011 ‘Contagion’.

Dibintangi Gwyneth Paltrow sebagai seorang ahli perniagaan yang tanpa sengaja membawa patogen yang menyebabka­n kematian ke Amerika Syarikat selepas dia berjabat tangan dengan seorang tukang masak di Macau, filem itu mempunyai banyak persamaan dengan kejadian yang berlaku sekarang.

Seperti koronaviru­s yang baharu itu, penyakit itu melompat dari haiwan kepada manusia di China sebelum ia merebak ke luar negara – tetapi dalam filem itu, ia adalah fenomena yang lebih berdarah, membunuh 26 juta orang di seluruh dunia pada bulan pertama sahaja.

Ia adalah cerita seram yang seakan-akan memukau kita.

Pada minggu terakhir Januari, ‘Contagion’ muncul dalam kelompok 10 teratas carta British iTunes.

Walaupun sudah jatuh ke tempat ke-55 di Britain tetapi masih juga tinggi di kebanyakan tempat – nombor 7 di Singapura, 24 di Australia dan 20 di Amerika Syarikat.

Di Hong Kong – yang dipaparkan dengan meluas dalam filem itu sebagai bandar raya pertama di mana virus itu benar-benar berleluasa – ‘Contagion’ berada di tempat nombor lapan.

Hab kewangan antarabang­sa itu telah menyediaka­n adegan dibuat untuk filem dalam kehidupan sebenar barubaru ini apabila pembelian panik berlaku ke atas barangan ruji seperti beras, produk pencucian dan kertas tandas.

Pada awal minggu ini, rompakan besar malah berlaku ke atas seorang pemandu yang menghantar tisu tandas.

Bandar raya itu mengalami 299 kematian sewaktu wabak virus SARS pada 2002-03 – sebahagian daripada inspirasi bagi filem Soderbergh – dan sudah melaporkan dua kematian daripada koronaviru­s sekarang.

Namun sementara warga Hong Kong gelisah, ramai juga nampaknya yang suka menonton versi Hollywood bagi bagaimana rupa wabak global.

“Minat mendadak kepada segalanya yang ada kaitan dengan wabak dan virus memberi saluran kepada orang yang dapat membantu memproses apa yang sedang berlaku,” kata Robert Bartholome­w, seorang pakar sosiologi perubatan yang menerokai histeria beramai-ramai, kepada AFP.

“Ia diketahui ramai dalam psikologi bahawa proses bercakap mengenai kejadian traumatik dapat membantu orang meluahkan perasaan dan melegakan tekanan.”

Bukan filem sahaja yang semakin menarik perhatian.

Kebanyakan waktu sejak lapan tahun lalu, ‘Plague Inc’ merupakan salah satu permainan telefon bimbit yang paling popular, yang membolehka­n pemain untuk mengawal patogen yang menyebabka­n kematian dan menular di kalangan manusia.

Ndemic Creations, pembuat permainan itu, berkata muat turun melonjak sewaktu liputan berita global bagi sesebuah penyakit, termasuk wabak-wabak koronaviru­s dan Ebola.

“Apabila berlaku wabak penyakit, kita melihat peningkata­n pemain, kerana orang ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana penyakit merebak dan memahami kerumitan wabak virus,” syarikat itu menyebut dalam satu kenyataan.

“Bagaimanap­un, tolong ingat bahawa ‘Plague Inc’ adalah satu permainan, bukan model saintifik, dan wabak koronaviru­s sekarang adalah situasi yang sangat tulen dan memberi impak ke atas jumlah manusia yang begitu besar,” tambahnya.

Pada tahun lepas Extra Credits, sebuah saluran pendidikan dalam YouTube, membuat siri animasi tujuh bahagian untuk ulang tahun ke-100 bagi wabak selsema pada 1918 yang membunuh jutaan manusia di seluruh dunia.

Robert Rath, penulis saluran itu yang berpangkal­an di Hong Kong, berkata tontonan telah melonjak sejak wabak koronaviru­s berlaku, terutamany­a di Asia Tenggara.

“Sejak 1 Januari, episod pertama memperoleh­i lebih 100,000 tontonan dan siri itu pada keseluruha­nnya memperoleh­i lebih 330,000 tontonan, sesuatu yang dramatik bagi sebuah video YouTube yang berusia dua tahun,” katanya kepada AFP.

Sementara itu Netflix tidak mungkin mengeluark­an dokusiri ‘Pandemic’, yang melihat bagaimana dunia begitu tidak bersedia bagi virus baharu, pada waktu yang lebih tepat pada Januari lepas.

“Orang menyatakan dokusiri ‘Pandemic’ keluar pada waktu yang amat tepat sekali,” Sheri Fink, seorang wartawan dan doktor yang menjadi penerbit eksekutif dalam siri itu, menulis dalam Twitter

“Tetapi sebenarnya kami membuatnya kerana beberapa orang daripada kami telah melihat sistem diuji dengan cara lebih kecil dan tahu kelemahann­ya. Kami berharap untuk memberi maklumat sebelum, bukan selepas, satu lagi patogen bahaya muncul.”

Carian Google di seluruh dunia bagi siri itu – selain permainan ‘Plague’ dan filem ‘Contagion’ – telan melambung sejak sebulan lalu.

Bartholome­w berkata kitaran berita tidak henti-henti sekarang menolak orang kepada internet untuk memahami ketakutan mereka.

“Orang kini dalam mempunyai tabiat pergi dalam talian dan tanpa sedar mengurangk­an tekanan psikik mereka menerusi amalan kuasiritua­listik yang melibatkan penggunaan kekunci,” katanya.

“Pada masa lalu, orang mungkin telah pergi ke gereja dan berdoa, sedangkan pada hari ini pada zaman yang lebih sekular, mereka pergi dalam talian dan membincang­kan ketakutan mereka sebagai satu bentuk menangani secara kolektif.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia