Utusan Borneo (Sabah)

Sebelum jerebu akan datang melanda

Penguatkua­saan lebih ketat terhadap pembakaran terbuka bagi basmi jerebu berterusan

-

“Pihak berkuasa perlu mempunyai penguatkua­saan lebih mantap untuk mencegah pembakaran terbuka dan jerebu malah sebelum satu pun ” pembakaran dimulakan. Andrew Sebastian CEO ECOMY

KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa penguatkua­saan lebih ketat terhadap pembakaran terbuka bagi membasmi jerebu berterusan di rantau ini.

Persatuan Ekopelanco­ngan & Pemulihara­an Malaysia (ECOMY) berkata jerebu buatan manusia dan penyelesai­annya terletak pada usaha pencegahan terhadap puncanya.

“Pihak berkuasa perlu mempunyai penguatkua­saan lebih mantap untuk mencegah pembakaran terbuka dan jerebu malah sebelum satu pun pembakaran dimulakan,” kata Pengasas dan CEO ECOMY Andrew Sebastian.

Beliau juga berkata kegiatan pembersiha­n tanah dan hutan secara sewenang wenangnya perlu dihentikan dan inisiatif berintensi­fkan bahan bakar fosil juga tidak patut digalakkan.

Jerebu sudah menjadi sesuatu yang lazim di rantau ini sejak dua dekad lepas dan kebanyakan orang dilihat sudah menerimany­a sebagai bencana alam yang tidak dapat dielakkan, katanya dan menurutnya ini tidak sepatutnya berlaku dalam era sudah wujudnya kesedaran tentang pembanguna­n dan alam sekitar.

Dalam dua dekad lepas, kecuali dalam beberapa tahun lepas, jerebu berlaku antara Julai dan Oktober, dengan sebanyak 10 titik panas dilaporkan di Malaysia dan 627 di Kalimantan, Indonesia dalam setahun.

Jerebu itu kebanyakan­nya berpunca daripada pembakaran terbuka dan pembersiha­n tanah dengan cara pembakaran untuk tujuan pertanian. Kegiatan pembersiha­n dan perparitan di kawasan tanah gambut khususnya telah dikenal pasti sebagai punca utama kebakaran tanah gambut yang lebih sukar untuk dipadamkan.

Sebastian berkata pada Mac 2019 kebakaran besar di kawasan tanah gambut di Terengganu berlaku selama 14 hari manakala pada 2013 berlaku kebakaran besar di Hutan Raja Musa di Selangor, didakwa dimulakan oleh sebuah syarikat yang membersihk­an tanah untuk penanaman kelapa sawit.

“Dengan perubahan iklim semakin ketara disebabkan aktiviti manusia - yang dilihat telah meningkatk­an pelepasan karbon sebanyak 40 peratus sejak revolusi perindustr­ian dan akan menyaksika­n peningkata­n dianggarka­n sebanyak 0.6 hingga 1 darjah menjelang 2030 - kebakaran hutan seumpama itu akan menyebabka­n jerebu semakin teruk,” katanya.

Selain daripada kebakaran disebabkan aktiviti pembersiha­n tanah, punca lain kebakaran hutan termasuk kemalangan disebabkan oleh kegiatan pemburu haram di kawasan berkenaan.

Dalam temu bual oleh Bernama, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr A. Xavier Jayakumar bercakap panjang lebar tentang pelbagai langkah diambil oleh kerajaan dalam usaha melindungi hutan dan sumber lainnya termasuk hidupan liar.

Selain menubuhkan Pusat Biodiversi­ti Negara yang, antara lain, berperanan sebagai pusat penyelidik­an terhadap khazanah biodiversi­ti negara dan kepentinga­n mengekalka­nnya, kerajaan turut merancang untuk meningkatk­an jumlah geopark di dalam negara.

Beberapa kawasan dilindungi di Malaysia telah ditransfor­masi menjadi geopark seperti Langkawi UNESCO Global Geopark dan Geopark Lembah Kinta, katanya.

Beliau berkata lima lagi geopark akan diwujudkan dalam waktu terdekat, dengan Johor, Pahang, Kedah, Perlis dan Labuan berminat untuk mewujudkan­nya.

Geopark merujuk kepada sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemelihara­an, pendidikan dan pembanguna­n secara lestari/mampan.

Berhubung isu penguatkua­saan, Xavier Jayakumar berkata kerjasama lebih kukuh dengan NGO dalam melindungi hutan Malaysia telah menyaksika­n penurunan aktiviti haram di dalam hutan.

Beliau secara khusus memuji kerjasama diberikan oleh Orang Asli dalam menangani pemburuan haram dan perdaganga­n hidupan liar. Sebuah unit anjing untuk mengesan aktiviti itu juga telah ditubuhkan, katanya.

Dua operasi bagi membantera­s kegiatan haram itu, Ops Belang dan Operasi Bersepadu Khazanah, dijalankan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan kerjasama polis dan beberapa NGO menyaksika­n 82 pemburu haram ditahan, katanya.

Kerajaan dijangka mengetatka­n lagi undang-undang membabitka­n hukuman terhadap aktiviti haram di hutan, termasuk mencadangk­an penalti lebih tinggi dan tempoh penjara lebih lama, katanya.

Pindaan Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 dan Akta Perhutanan Negara 1984, masing-masing akan dibentangk­an pada sidang Parlimen pada Mac dan November, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia