Utusan Borneo (Sabah)

Remaja perempuan 18 tahun mati dipukul oleh abang angkat

-

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mati dipukul oleh abang angkatnya dipercayai dengan sebatang penukul di rumah mangsa di Persiaran Pengkalan Timur, Taman Desa Pakatan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa, Siti Sufiah Halim Ong ditemui meninggal dunia ketika ibunya mahu mengejutka­n anaknya kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, polis telah menahan suspek berusia 24 tahun dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu ketidakupa­yaan dalam masalah pembelajar­an.

Semasa hasil soal siasat, katanya, suspek mengaku telah memukul mangsa dengan sebatang penukul akibat cemburu kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan lain.

Beliau berkata polis merampas sebatang penukul, sebatang kayu dan pakaian suspek.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes diklasifik­asikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam kelmarin.

A.Asmadi berkata hasil soal siasat mendapati mangsa yang mengenali suspek sejak empat tahun lalu tidak pernah bergaduh sebelum ini dan suspek sering datang ke rumah untuk membantu keluarga mangsa sejak kematian bapa mangsa pada 2012.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami hentakan keras di bahagian kepala dengan terdapat dua kesan luka dan lebam di kedua-dua belah kepala serta di sekeliling mata sebelah kiri, patah tulang tengkorak di bahagian kiri dan kanan serta terdapat kesan pendarahan di bahagian otak,” katanya.

Beliau berkata ibu mangsa menyatakan anaknya bersama suspek telah datang ke tempat kerjanya pada jam 4.30 petang kelmarin sebelum suspek menghantar anaknya ke rumah pada sebelah malam.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Sayati Kamil, 46, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, berkata anaknya tidak menunjukka­n sebarang perubahan pelik.

“Dia cuma beritahu mahu menjaga saya sampai bila-bila dan mahu saya berhenti kerja sebagai pekerja di gerai buah-buahan,” katanya.

Siti Sufi a h, yang merupakan anak sulung daripada dua beradik, baru bekerja di sebuah gerai buah-buahan di Pengkalan di sini sejak dua bulan lalu dan bercita-cita mahu menjadi seorang anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia