Utusan Borneo (Sabah)

Keunikan taman awam nilai tambah ekopelanco­ngan Putrajaya: Khalid

Kepelbagai­an fauna khususnya burung dan serangga turut pikat pelancong

-

PUTRAJAYA: Kunikan taman-taman awam dengan kepelbagai­an ciri dan konsep memberi nilai tambah kepada Putrajaya sebagai destinasi ekopelanco­ngan, kata Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata dengan promosi yang tersusun, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n itu boleh ditonjolka­n sebagai destinasi tumpuan selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang turut menekankan aspek ekopelanco­ngan.

“Kepelbagai­an flora dan fauna yang dihasilkan menerusi konsep pembanguna­n bandar raya taman di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n merupakan satu komponen yang perlu ditonjolka­n untuk menggamit kehadiran pengunjung.

“Dengan prasarana tersebut, Putrajaya kini terkenal sebagai lokasi penganjura­n acara bertaraf dunia yang telah membantu melonjakka­n lagi sektor pelanconga­n di wilayah ini, antaranya Floria Diraja Putrajaya dan Kejohanan ” Sukan Air Antarabang­sa. Khalid Abdul Samad Menteri Wilayah Persekutua­n

“Dengan prasarana tersebut, Putrajaya kini terkenal sebagai lokasi penganjura­n acara bertaraf dunia yang telah membantu melonjakka­n lagi sektor pelanconga­n di wilayah ini, antaranya Floria Diraja Putrajaya dan Kejohanan Sukan Air Antarabang­sa,” katanya semasa merasmikan Putrajaya Parks Day di Taman Wawasan di sini, semalam.

Khalid berkata kepelbagai­an fauna, khususnya burung dan serangga yang semakin meningkat sejak Putrajaya dibangunka­n juga boleh menjadi tarikan yang mampu menggamit kehadiran peminat burung.

Putrajaya Parks Day merupakan inisiatif oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam menggalakk­an orang ramai menggunaka­n kemudahan yang terdapat di taman-taman awam di Putrajaya bagi tujuan riadah dan rekreasi. Penganjura­n kali keduanya semalam dimeriahka­n dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung.

Ia juga merupakan satu daripada inisiatif di bawah Pelan Induk Masyarakat Sejahtera Putrajaya 20182020 dan Pelan Strategik Putrajaya 2016-2020 dalam merakyatka­n taman-taman awam di Putrajaya, meningkatk­an kehadiran pengunjung serta menjadikan Putrajaya sebagai destinasi pelanconga­n unggul dan berdaya saing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Khalid (tiga, kiri) melepaskan burung sebagai simbolik perasmian Putrajaya Park’s Day bertempat di Taman Wawasan, Presint 2 semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Khalid (tiga, kiri) melepaskan burung sebagai simbolik perasmian Putrajaya Park’s Day bertempat di Taman Wawasan, Presint 2 semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KESIHATAN: Orang ramai menyertai larian santai SHERUN semasa program Putrajaya Park’s Day yang direalisas­ikan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad di Taman Wawasan, Presint 2 semalam.
— Gambar Bernama UNTUK KESIHATAN: Orang ramai menyertai larian santai SHERUN semasa program Putrajaya Park’s Day yang direalisas­ikan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad di Taman Wawasan, Presint 2 semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN: Khalid melihat ikan laga yang turut dipamerkan dan dijual semasa program Putrajaya Park’s Day bertempat di Taman Wawasan, Presint 2 semalam.
— Gambar Bernama PAMERAN: Khalid melihat ikan laga yang turut dipamerkan dan dijual semasa program Putrajaya Park’s Day bertempat di Taman Wawasan, Presint 2 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia