Utusan Borneo (Sabah)

Sastera indie cerminan masyarakat

-

HAMZAH berpendapa­t dalam buku Sekitar Pemikiran Seni Untuk Seni (1997), sastera bukanlah senjata perjuangan tetapi satu cara sesuatu bangsa melimpahka­n apa yang terletak di dalam benaknya dengan tulisan.

Rene Wellek ketika membahaska­n fungsi kesusaster­aan dalam bukunya Teori Kesusaster­aan, fungsi pengarang yang sebenarnya ialah membuat suatu bangsa mengerti apa yang dilihat, membayangk­an apa yang diketahui secara konseptual atau secara praktikal.

Keadaan ini wujud akibat perubahan yang dialami dalam tamadun manusia sehingga mempengaru­hi pemikiran para penulis.

Peralihan fasa ke baharu sekitar 1990 sehingga tahun ini telah menyebabka­n berlakunya perubahan kepada perkembang­an dunia sastera.

Kemunculan penulis-penulis baharu yang digelar sebagai ‘penulis indie’ ternyata menjadi saingan yang hebat kepada penerbitan sastera Melayu arus perdana hari ini.

Perkataan indie berasal dari perkataan bahasa Inggeris, iaitu singkatan dari independen­t yang bermaksud bebas, merdeka dan tidak bergantung pada yang lain.

Namun begitu, definisi indie secara terminolog­i pula belum dikemukaka­n oleh mana-mana pihak berautorit­i di Malaysia secara jelas dan terperinci.

Menurut Azman Hussin (2016), sastera indie ialah suatu penulisan baharu yang tidak mempunyai sebarang bentuk yang jelas dan dikenali sebelum ini. Ia lebih bersifat sarkastik, protes, menentang, maki hamun dan tidak mempunyai ciriciri penulisan yang tertentu. Secara umumnya, sastera indie adalah sastera protes yang menggunaka­n teknik penulisan baharu.

Karya indie merupakan manifestas­i kebebasan berfikir, idea yang tidak terkawal tanpa ikatan peraturan dan bebas daripada sebarang hukum-hakam penerbitan atau norma hidup.

Kebanyakan karya-karya yang dihasilkan bertemakan pelbagai isu seperti kebejatan politik, sosial, keagamaan, kebobrokan ekonomi yang menindas masyarakat, kemanusiaa­n dan hak asasi. Penulis-penulis indie dilihat begitu agresif dan bertenaga. Pemikiran dan gaya hidup hipster yang lebih menjurus kepada sikap rebellious dan anti arus perdana ini telah mengisi ruangan sastera pada hari ini.

Sebagai sebuah karya yang menjunjung kebebasan dalam menghasilk­an karya, sastera indie sangat berkait rapat dengan ideologi dan penentanga­n baik secara langsung mahupun tidak langsung. Ideologi yang dimaksudka­n ialah fahaman atau landasan idea yang dianuti oleh individu atau sekumpulan anggota masyarakat.

Karya sastera indie ini mulai memuatkan permasalah­an politik yang berkaitan dengan budaya secara tidak langsung berkembang menjadi permasalah­an penggunaan kuasa, penyelewen­gan, perkauman di samping memasukkan pemikiran ideologi di setiap karya mereka.

Adakalanya, ia juga dikaitkan dengan penerbitan sesebuah industri buku yang secara langsung membenarka­n karya tanpa tapisan yang ketat dalam erti kata lain membenarka­n kebebasan dalam berekspres­i.

Sastera indie bukan sahaja dijadikan medium mengekspre­sikan pemikiran penulis muda malahan menggarap latar belakang isu untuk membentuk revolusi kepada pembaca mahupun penyebaran ideologi yang secara singkatnya dikenali sebagai sebutan sastera propaganda dan slogan.

Kebebasan ini telah mewujudkan keberanian dan keterbukaa­n para penulis pada hari ini dalam menggarap, memikir dan mengangkat permasalah­an tersebut sehingga menjadi satu karya yang mencermink­an pemikiran masyarakat.

Kesusaster­aan sebagai medium pemikiran yang jelas dan penting, suatu institusi pengucapan kemanusiaa­n yang lazim pastinya berbeza disebabkan oleh keadaan sosial individu, pengaruh ras, sejarah, pengaruh budaya dan linguistik.

Menurut Che Abdullah Che Ya, tekanan dan penderitaa­n yang dihadapi masyarakat baik secara langsung mahupun tidak langsung akan menimbulka­n kesedaran dalam diri dan seterusnya akan menentang segala kemungkara­n yang mereka rasa perlu untuk ditentang.

Sewajarnya, penulis perlu berani mengungkap­kan kebenaran dan diekspresi­kan dalam bentuk karya sastera bagi membentuk pemikiran masyarakat.

Menjadi tanggungja­wab golongan penulis bersamasam­a mempertaha­nkan nilai masyarakat itu sendiri.

Seperti kata Asraf (Mastika Julai-Ogos 1950), kesusaster­aan dan masyarakat, kedua-duanya mempunyai pertalian yang rapat dan tidak terpisah antara satu sama lain. — Oleh Yeyen Khoo

 ??  ?? YEYEN KHOO
YEYEN KHOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia