Utusan Borneo (Sabah)

Ligue 1: Nantes menamatkan rekod tanpa kalah Marseille

-

PARIS: Andre Villas-Boas tidak ada banyak alasan untuk pasukannya Marseille pada Sabtu selepas rekod tanpa kalah mereka dalam 14 perlawanan berturut-turut dalam Ligue 1 berakhir dengan kekalahan 3-1 yang mengejutka­n di tempat sendiri kepada Nantes.

Marseille menduduki tempat kedua dan sudah meletakkan diri pada kedudukan yang kukuh untuk layak bagi Liga JuaraJuara pada musim akan datang hasil kecemerlan­gan mereka sebelum ini tetapi ditumpaska­n oleh jaringan sebelum dan selepas waktu rehat daripada Anthony Limbombe dan Abdoul Kader Bamba selain jaringan sendiri Alvaro yang lewat di Stade Velodrome.

Morgan Sanson memberi harapan kepada Marseille untuk meneruskan kecemerlan­gan mereka seepas dia menyamakan kedudukan dengan jaringan cantik lima minit sebelum waktu rehat, tetapi Villas-Boas mengakui pasukannya sewajarnya tewas selepas persembaha­n yang lemah.

“Kami tidak begitu bagus pada hari ini, kami kerap kehilangan bola dan sukar membina permainan,” kata jurulatih Portugis itu.

“Kami yakin kami dapat mengubah perlawanan apabila kami menyamakan kedudukan, tetapi gol kedua mereka ternyata sukar bagi kami.”

Marseille mendahului dengan kelebihan sembilan mata ke atas Lille di tempat ketiga yang menang 3-0 ke atas pasukan tercorot Toulouse - yang kini sudah tewas dalam 14 daripada 15 perlawanan terakhir mereka - untuk naik ke tempat ketiga ekoran dua jaringan daripada Loic Remy pada separuh masa pertama.

Bagaimanap­un Rennes dapat merampas semula tempat ketiga dengan kemenangan di tempat sendiri ke atas Nimes semalam.

Kekalahan bagi Marseille juga bermakna Paris SaintGerma­in dapat melebarkan kelebihan kepada 13 mata di tempat teratas jika mereka menewaskan Bordeaux di Parc des Princes semalam.

Sementara itu Nantes naik ke tempat ke-10 selepas mereka mencatatka­n kemenangan pertama mereka dalam enam perlawanan liga dan terikat 37 mata dengan Lyon, Nice dan Montpellie­r, yang ditewaskan 1-0 oleh pasukan Angers yang kini berada lima mata di atas zon relegasi.

Keempat-empat pasukan tersebut berada dalam persaingan pelbagai parti untuk bola sepak Eropah dengan empat mata yang memisahkan Nantes dan Rennes, yang menduduki tempat keempat dan duduk di tempat kelayakan Liga Europa.

Limbombe mengejutka­n penonton Velodrome apabila dia tunduk untuk menanduk masuk bola hantaran lintang Bamba pada minit ke-35 dalam rembatan pertama perlawanan yang menepati sasaran, tetapi pasukan tuan rumah bertindak balas dengan positif selepas ketinggala­n satu gol menyamakan kedudukan sejurus kemudian.

Mula-mula penjaga gol Nantes Alban Lafont dipaksa menyelamat­kan bola dengan pinta dari rembatan jarak jauh Valentin Rongier seminit selepas gol pembukaan Limbombe, tetapi penjaga gol dari Perancis itu tidak dapat menghalang cubaan cantik Sanson tiga minit kemudian.

Pasukan pelawat kembali di depan tujuh minit selepas waktu rehat apabila Bamba mengambil kesempatan ke atas Rongier yang kehilangan bola untuk merembat masuk jaringan cantik yang hanya disahkan sebagai gol selepas semakan VAR yang lama bagi ofsaid.

Bagaimanap­un tiada tindak balas dipamerkan oleh Marseille pada kali ini walaupun pemain bintang Dimitri Payet sudah kembali daripada kecederaan, dan Nantes memastikan kemenangan dalam masa tambahan dengan cara yang lawak.

Steve Mandanda melepaskan rembatan Moses Simon kepada Bamba, yang tidak dapat mengawal bola yang melantun balik sebaliknya menolak bola yang terkena kaki pemain pertahanan Marseille Alvaro dan melantun masuk ke dalam gawang.

Dalam perlawanan lain, Monaco gagal merapatkan jurang dengan tempat kelayakan Eropah selepas siri kemenangan mereka dalam tiga perlawanan berturuttu­rut berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Dijon.

Mereka berada empat mata di belakang Lille, yang menduduki tempat terakhir dalam Liga JuaraJuara, di tempat kelima selepas Guillermo Maripan memastikan satu mata bagi pasukan pelawat dengan gol penyamaann­ya pada minit ke-79 selepas Mama Balde meletakkan pasukan tuan rumah di depan 10 minit selepas waktu rehat.

Islam Slimani melepaskan peluang keemasan untuk merampas mata penuh bagi Monaco apabila dia merembat bola yang mencecah bahagian tepi jaring selepas Youssouf Fofana menyaksika­n cubaan kencangnya diselamatk­an dengan baik.

Satu mata itu mengeluark­an Dijon dari zon relegasi berdasarka­n kelebihan jaringan, dan mereka berada lima mata di depan Amiens, yang melengahka­n usaha Strasbourg di tempat keenam untuk layak ke Eropah dengan keputusan seri tanpa jaringan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia