Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 1,000 peserta menyertai Sarawak Charity Health Run 2020

-

KUCHING: Seramai 1,000 peserta mengambil bahagian pada Malaysian Medical Associatio­n (MAA) - Section Conceernin­g House Officers, Medical Officers dan Specialist (Schomos) Sarawak Charity Health Run 2020 di sini semalam.

Peserta berkumpul sejak jam 5.30 pagi kebanyakan­nya terdiri kalangan kakitangan perubatan dari hospital sekitar bandar raya ini serta pertubuhan amal di negeri ini.

Pengerusi penganjur, Dr Nanthini Balakumara­n berkata larian itu bukan sahaja bagi mengumpul dana untuk rumah orang tua di Sarawak malah memupukkan kesedaran penjagaan kesihatan warga tua.

“Matlamat kita untuk mendapatka­n wang tujuan amal bagi semua rumah orang tua terutama organisasi bukan kerajaan mahupun pertubuhan bukan keuntungan seperti rumah kebajikan, Home of Peace di Batu 13, Jalan Landeh di sini.

“Kita mahu menyumbang kepada tujuan itu dan meningkatk­an kesedaran penjagaan warga tua kerana mereka sebahagian masyarakat kita,” katanya ditemui selepas acara pelepasan larian tersebut di sini semalam.

Acara pelepasan larian itu disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian diiringi Pengerusi MMA Sarawak, Dr Morni Abu Samad dan Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing.

Dr Nanthini berkata, selepas digunakan membiayai kos penganjura­n larian itu baki hasil kutipan disumbangk­an kepada Home of

Peace serta rumah kebajikan warga tua lain.

Sementara itu, Dr Sim berkata jawatankua­sa penganjur kebanyakka­nnya terdiri kakitangan perubatan dari hospital kerajaan harus diberikan pujian kerana berjaya menganjurk­an acara itu.

“Ini adalah doktor kerajaan melangkaui tugas mereka di hospital semata-mata mahu menyumbang bakti dan membantu masyarakat yang memerlukan. Mereka memastikan semua orang dijaga meskipun di luar hospital,” katanya.

 ??  ?? MULA: Dr Sim melakukan acara pelepasan program MMA-Schomos Sarawak Charity Health Run 2020 di Kuching semalam.
MULA: Dr Sim melakukan acara pelepasan program MMA-Schomos Sarawak Charity Health Run 2020 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia