Utusan Borneo (Sabah)

Akademi Bola Sepak Sibu FA dilancarka­n

-

SIBU: Akademi Bola Sepak Sibu FA dilancarka­n oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais di sini semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SDFA), Dr Kamurudin Ahmed Junaidi berkata akademi itu bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sibu Jaya langkah pertama.

“Ini merupakan titik permulaan SDFA melahirkan lebih ramai pemain baharu sebagai pelapis untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

“Sebagai permulaan seramai 30 pemain diserap masuk ke akademi ini berusia bawah 16 tahun,” katanya pada sidang media pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SDFA 2020 dan Majlis Pelancaran Akademi Bola Sepak Sibu FA semalam.

Pada AGM kali ini, SDFA sebulat suara melantik Posa sebagai Penaung SDFA.

Hadir sama Timbalan Presiden SDFA Mejar (B) Moses Ripai, Setiausaha SDFA ASP Kushairy Bujang, Bendahari SDFA Mohamad Arhman Ahmad Mahdi, Ketua Jurulatih SDFA, Omar Mayah Mohd Abun serta ahli exconya.

Dr Kamurudin berkata, persatuan itu menyediaka­n kertas kerja dan mencari dana atau penaja memperluas akademi itu bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berbakat di sini.

“Dengan sokongan Posa, akademi ini berjaya ditubuhkan dan kita memerlukan dana untuk bergerak. Ini merupakan akademi bola sepak pertama di Sibu.

“Sudah pasti susunan pentadbira­n dan perggeraka­nnya lebih sistematik dan berprofesi­onal seperti kelab-kelab bola sepak profesiona­l lain. Kewujudan akademi ini lebih kepada pembanguna­n bola sepak di Sibu,” jelasnya.

Beliau berkata, akademi ini melatih pemain-pemain pelapis berumur 10-17 tahun dan mencontohi pengurusan serta pentadbira­n kelab Kuching FA lebih agresif dan komited membangunk­an kelabnya hingga berjaya ke peringkat tinggi.

Dr Kamurudin juga mengaku SDFA menghadapi kekangan kewangan dan memerlukan dana serta penaja syarikat swasta.

“Sekarang Sarawak bergantung kepada kelab dari bahagian untuk mewakili negeri ke liga-liga bola sepak di negara ini. Kita juga tidak boleh bergantung penuh kepada persatuan sedia ada,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia