Utusan Borneo (Sabah)

Kelab-kelab ‘gementar’ apabila Real, Barca datang bertandang

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata kelab-kelab “gementar” apabila Real Madrid atau Barcelona datang bertandang selepas Raheem Sterling menarik perhatian dengan menyuaraka­n kekagumann­ya bagi Real.

Pemain antarabang­sa England berusia 25 tahun itu, yang mengikat kontrak di Etihad sehingga 2023, menyifatka­n juara Eropah sebanyak 13 kali itu sebagai sebuah “kelab yang hebat sekali” dalam satu wawancara dengan akhbar sukan harian di Madrid, AS.

Penyerang itu digambar dengan jersi City di sebelah bahu dan jersi Madrid di bahu sebelah lagi.

City dan Real berjumpa dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga JuaraJuara di Bernabeu Stadium pada minggu depan, dan masa bagi wawancara Sterling telah menimbulka­n tanda tanya.

Sterling merupakan salah satu aset penting City dan masa depannya berada di awang-awangan jika kelab itu gagal dalam rayuan mereka terhadap penggantun­gan selama dua tahun daripada pertanding­an Eropah kerana melangagr peraturan ‘financial fair play’ UEFA.

Guardiola berkata Real dan Barca, kelab yang dia pernah wakili sebagai pemain dan kendalikan sebagai pengurus, merupakan gergasi-gergasi sebenar dalam bola sepak Eropah.

“Semua kelab perlu tahu, apabila Real Madrid atau Barcelona mengetuk pintu, kelab lain mesti gementar,” katanya pada Jumaat.

“Mereka pasti akan menghadapi sedikit masalah.

“Barcelona dan Real Madrid mungkin pasukan-pasukan paling kuat dan paling berpengaru­h dari segi sejarah mereka dan betapa bagusnya mereka. Itu adalah normal dan saya faham sepenuhnya.”

Namun pengurus City itu tidak bimbang mengenai Sterling.

Pemain itu, yang belum pulih daripada kecederaan hamstring, telah muncul sebagai salah seorang pemain penting Guardiola selama empat musim dia menggalas tugas di Manchester.

“Anda hanya melihat komitmen daripada Raheem setiap hari apabila dia tiba,” katanya.

“Komitmenny­a ada di sana dalam setiap perlawanan, dari segi serangan atau pertahanan, jadi dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia dan ia adalah normal bagi kelab besar untuk melihat keinginann­ya bagi pasukan itu.

“Saya tidak tahu sama ada Madrid atau Barcelona menghubung­i ejennya ataupun tidak, tetapi saya tidak ragu-ragu mengenai komitmenny­a dari hari pertama hingga hari terakhir yang dimiliki Raheem dan pemain lain dan akan miliki sehingga akhir.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia