Utusan Borneo (Sabah)

Tambadau Sabah catat kemenangan

Menewaskan pasukan PJ City 3-1 dalam saingan Kumpulan B kejohanan Piala Belia 2020 di Stadium Penampang

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun Tambadau Sabah mencatat permulaan menang dengan menewaskan PJ City FC 31 pada saingan Kumpulan B Piala Belia di Stadium Penampang, kelmarin.

Yuseril Yusekil muncul wira dengan, kedua-duanya menerusi sepakan percuma pada minit ke-60 dan 78.

Sebelum itu, Sabah lebih awal berada di hadapan hasil jaringan Jeckelly Manir yang menolak masuk bola muntah dari dakapan penjaga gol terhadap sepakan percuma Mohd Zakisadrud­din Jumaad pada minit ke-31.

Kelebihan awal Sabah itu bagaimanap­un hanya bertahan lima minit apabila psukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi Amirul Zul Aiman yang menolak masuk ketika pergelutan di depan gawang Sabah pada minit ke-36 untuk keduadua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama

Dua sepakan percuma cantik Yuseril di babak kedua bagaimanap­un mengesahka­n Sabah membuat permulaan menang dalam saingan itu.

Sepakan percuma pertama dari jarak kira-kira 25 meter diarahkan jauh dari jangkauan penjaga gol di penjuru kiri gawang manakala.

Gol keduanya dari jarak kira-kira 40 meter yang menjunam ke tanah sebelum mencecah jaring.

Perlawanan itu bagaimanap­un dicemari sedikit pergaduhan di akhir babak permainan diantara pemain dan kedua-dua pasukan dan pegawai pasukan pelawat tetapi berjaya dikawal pegawain perlawanan.

Insiden itu juga menyaksika­n pemain PJ City, P Magendaran dilayangka­n kad merah.

Pengurus pasukan, Datuk Abdul Rahman Zakaria berkata, kemenangan itu adalah suntikan moral terbaik buat pasukan.

“Kami sewajarnya menang perlawanan ini terutama selepas pemain berkerja keras sehingga wisel penamat.

“Paling membanggak­an ialah semangat mahu menang yang ditunjukka­n pemain. Saya harap mereka terus berusaha memajukan diri dan meneruskan semangat mahu menang ini pada perlawanan akan datang.

“Syabas kepada pemain, barisan jurulatih dan pegawai pegawai pasukan. Terima kasih juga kepada penyokong yang datang memberi sokongan moral kepada pasukan,” kata Rahman.

Skuad bimbingan Johnny Dominicus itu akan meneruskan cabaran dengan tiga perlawanan berturut-turut selepas ini iaitu menentang Melaka (1 Mac), UKM FC (4 Mac) dan Selangor (15 Mac).

Selepas itu barulah skuad muda Tamabadau Sabah kembali menjadi tuan rumah melayani kunjungan JDT IV pada 15 Mac.

 ??  ?? TAHNIAH: Rahman (tengah) bersama penjaring Sabah, Yuseril (kanan) dan Jeckelly.
TAHNIAH: Rahman (tengah) bersama penjaring Sabah, Yuseril (kanan) dan Jeckelly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia