Utusan Borneo (Sabah)

Luke, Tho juara Kota Kinabalu City Borneo Half Marathon

-

KOTA KINABALU: Peserta dari Singapura Luke Peel dan Sarawak Tho Siaw Khim masing-masing muncul juara dalam larian Kota Kinabalu City Borneo Half Marathon.

Kedua-dua pemenang berkenaan mengalahka­n 2,500 peserta yang lain untuk memenangi kategori masingmasi­ng.

Luke yang menyertai kategori Lelaki 28-35 tahun menamatkan larian dengan catatan masa satu jam 16 minit dan lima saat.

Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Kenya John Waithaka Njihia yang merekodkan masa satu jam 22 minit dan lima saat manakala pelari Malaysia Shyaldi Suhimi memenangi tempat ketiga dengan catatan masa satu jam 27 minit dan 42 saat.

Tho yang mencatat masa satu jam 39 minit dan 13 saat mengalahka­n peserta lain untuk menjuarai kategori Wanita 36-43 tahun.

Beliau mengalahka­n Lim Pei Yen yang merekodkan masa satu jam 45 minit dan satu saat diikuti pemenang ketiga yang juga dari Sabah Mailin Salungin dengan catatan masa satu jam 48 minit dan 33 saat.

Bagi kategori Lelaki 16-27 tahun, Safree Sabdin yang juga pemenang 2019 Unicef Borneo Internatio­nal Marathon Kategori Lelaki Terbuka merangkul kejuaraan dengan catatan masa satu jam 19 minit dan 30 saat.

Tempat kedua bagi kategori berkenaan dimenangi oleh pelari Sabah Wincentber­t Latius yang merekodkan masa satu jam 18 minit dan 34 saat manakala pemenang ketiga Ku Aliff Aiman Ku Zainol mencatat masa satu jam 21 minit dan 25 saat.

Pelari maraton terkenal Sabah Fabian Osmond Daimon turut memenangi kategori Lelaki 36-43 tahun dengan catatan masa satu jam 20 minit dan 48 saat.

Beliau mengalahka­n Rustin Masri yang mencatat masa satu jam 20 minit dan 57 saat diikuti pemenang ketiga Sapirin Sumping dengan rekod masa satu jam 21 minit dan enam saat.

Bagi pelari veteran Kona Liao, larian kali ini turut mencatat sejarah buat beliau dengan menjuarai kategori Wanita 44-51 tahun dengan catatan masa satu jam 45 minit dan 12 saat.

Kategori yang sama menyaksika­n Chong Vun Lung muncul tempat kedua dengan rekod masa satu jam 49 minit dan lapan saat diikuti Hamisah Antahar yang mencatatka­n masa satu jam 49 minit dan 52 saat.

Acara larian maraton berkenaan diadakan sempena ulang tahun ke-20 Bandaraya Kota Kinabalu dan pelepasan larian dilancarka­n oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Nordin Siman di sini semalam.

Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe menyampaik­an hadiah kepada semua pemenang pada majlis penutupan rasmi.

 ??  ?? JUARA: Luke meraih tempat pertama bagi kategori Lelaki 28-35 tahun. Turut kelihatan Phoong (tiga kiri) pada majlis penyampaia­n hadiah.
JUARA: Luke meraih tempat pertama bagi kategori Lelaki 28-35 tahun. Turut kelihatan Phoong (tiga kiri) pada majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia