Utusan Borneo (Sabah)

Piala Presiden: Skuad B21 Tambadau bersedia buru kemenangan pertama

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Mendapat khidmat lima pemain dari skuad senior redakan kekhuatira­n ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun Tambadau Sabah, Justin Ganai memulakan saingan Kumpulan B Piala Presiden menentang Melaka di Stadium Likas petang ini. Persiapan skuad pelapis Sabah itu berjalan lancar dan Justin juga gembira dengan perkembang­an prestasi pemain tetapi beberapa hari lalu beliau mula resah apabila beberapa pemain utamanya dilanda kecederaan.

Pemain utama yang dilanda kecederaan ialah dua penyerang utamanya, Mohd Hizaz Lokman dan Muhd Fakhrurazi Ahmad serta tonggak pertahanan, Abdul Hanafie Tokyo Abd Hasim.

Justin berkata, kecederaan itu mungkin menyebabka­n Hizaz dan Fakhrurazi terlepas sekurang-kurangnya perlawanan sulung hari ini manakala Hanafie dijangka terpaksa diketepika­n untuk dua perlawanan pertama.

Situasi itu memaksa Justin merujuk kepada skuad senior dan beliau berterima kasih kepada ketua jurulatihn­ya, Kurniawan Dwi Yulianto kerana memberi pelepasan kepada lima pemain menyertai skuad junior.

Pemain dari skuad senior itu ialah Mazlan Yahya, Shahrizam Sahar dan Hamran Peter dari posisi serangan serta dua pemain tengah iaitu Sabri Sahar dan Mohd Syukri Baharun.

Peraturan pertanding­an membenarka­n skuad Piala Presiden menyenarai­kan lima pemain dari skuad senior tetapi hanya tiga boleh beraksi semasa perlawanan.

“Kami kehilangan pemain utama tetapi kehadiran pemain dari skuad senior ini tentunya akan menjadikan pasukan lebih baik.

“Ia membolehka­n kami terus fokus memulakan saingan musim ini dengan kemenangan. Kami telah berkerja keras dalam latihan dan mahu memulakan saingan musim ini dengan keputusan positif.

“Kami akan cuba yang terbaik terutama ini ada perlawanan di gelanggang sendiri,” kata Justin ketika dihubungi di sini kelmarin.

Sepak mula perlawanan itu adalah pada jam 4.15 petang dan orang ramai khususnya peminat bola sepak dialu-alukan datang memberi sokongan kepada skuad muda Tambadau Sabah itu.

Justin bagaimanap­un dijangka hanya menyenarai­kan empat daripada pemain senior itu kerana Shahrizam juga belum pulih sepenuhnya dari kecederaan lutut.

“Shahrizam hampir pulih tetapi saya fikir tidak perlu ambil risiko turunkanny­a dalam perlawanan pertama ini,” kata Justin.

Untuk itu, Justin membayangk­an akan menyenarai­kan Mazlan, Sabri dan Syukri sebagai kesebelasa­n utamanya.

“Saya mungkin akan letak Mazlan dan Sabri di bahagian serangan. Sabri adalah pemain tengah tetapi saya percaya beliau juga boleh disandarka­n mengemudi jentera serangan dalam perlawanan ini,” katanya.

Syukri pula akan menggerakk­an bahagian tengah bersama Mohd Naaim Firdaus Stibin dan dibantu Mohamad Sahrizan Saidin di sayap kanan serta Nard Cylasto Christophe­r di sayap kiri.

Bahagian pertahanan akan dibentengi Gerald Gadit, Muhd Rozaily Akhmad, Mohd Izzat Aziz dan Fyellonarl­lye Mcaxora Jappri manakala tugas penjaga gol utama digalas Joslan Aping.

Dijangka bersedia dibangku simpanan ialah akan Mohd Ramzi Mustakim, Abdul Rahim Razali, Mohd Faqrul Idris, Muhammad Syahryl Aiman, Leonardo Lisua, Xsevier Xcico, Owen Piou, Ronelson Madus, Erick Odo, Hazrul Ahmad, Shahrizam dan Hamran.

 ??  ?? SEDIA: Skuad bawah 21 Tambadau Sabah sedia memburu kemenangan menentang Melaka di Stadium Likas hari ini.
SEDIA: Skuad bawah 21 Tambadau Sabah sedia memburu kemenangan menentang Melaka di Stadium Likas hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia