Utusan Borneo (Sabah)

SESB rampas 225kg wayar elektrik

Lebih 200 rumah dikesan buat sambungan haram di Kampung Hidayat

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Lebih 200 rumah di Kampung Hidayat dikesan membuat penyambung­an bekalan elektrik secara haram dalam Operasi Pancing yang dijalankan oleh pihak Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) di kampung itu, di sini kelmarin.

Pemangku Pengarah Urusan Sabah Electricit­y Sdn Bhd Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, operasi itu dijalankan bermula seawal jam 4 pagi hingga 9 pagi dan diketuai oleh pasukan PDRM Tawau bersama beberapa agensi lain.

“Dalam operasi itu pihak kita berjaya merampas sebanyak 225 kilogram (kg) wayar elektrik dengan nilai rampasan sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataan media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, operasi ini diberi nama ‘Operasi Pancing’ kerana cara penyambung­an haram itu kebanyakan­nya menggunaka­n cara memancing kabel hidup yang terletak di atas tiang elektrik.

“Pihak SESB kerap mengadakan operasi itu kerana penyambung­an haram banyak merugikan pihak SESB yang dianggarka­n jumlah kerugian mencecah lebih dari RM10 juta setahun untuk negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut, terdapat juga suspek yang menggunaka­n taktik mengganggu meter elektrik untuk menghindar­i bacaan meter dengan tepat dan disyaki untuk mengurangk­an jumlah penggunaan secara salah.

“Saya memberi amaran kepada semua pengguna SESB bahawa kedua-dua cara itu amat berbahaya kerana boleh berlakunya renjatan elektrik ke atas tubuh manusia dan boleh mengganggu bekalan kepada pengguna berbayar,” katanya.

Nasser berkata operasi sebegini giat diadakan sejak beberapa tahun serta diteruskan sehingga masalah ini dapat diatasi sepenuhnya dan akan melibatkan agensi lain termasukla­h Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjay­a Tenaga, Pasukan Gerakan Am (PGA), Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen.

 ??  ??
 ??  ?? POTONG: Kakitangan SESB berusaha memotong wayar sambungan haram di kawasan terbabit.
POTONG: Kakitangan SESB berusaha memotong wayar sambungan haram di kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia