Utusan Borneo (Sabah)

IPDAS Kudat beri keutamaan kepada golongan mualaf

Lanjutkan pengajian formal ke peringkat yang lebih tinggi

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kampus Kudat akan memberi keutamaan kepada golongan mualaf yang mahu melanjutka­n pengajian formal ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Hakimah Mohd Yusoff berkata, IPDAS Kampus Kudat juga akan melaksanak­an kurikulum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diakredita­sikan oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Malaysia.

Menurutnya, para mualaf yang berpotensi disarankan memulakan pengajian dengan Sijil Asas Pengajian Islam yang diiktiraf oleh JAKIM.

Katanya, selepas itu mereka boleh meneruskan pengajian peringkat SKM menggunaka­n ‘National Occupation­al Standard Skill’ (NOSS).

“Sebaik tamat pengajian di peringkat sijil kemahiran ini, mereka boleh melanjutka­n pengajian di peringkat diploma di IPDAS dan seterusnya ke peringkat ijazah di universiti tempatan atau luar negara.

“Hala tuju pendidikan tinggi mualaf amat penting bagi kita menyediaka­n keperluan tenaga agamawan untuk mentarbiya­h para muallaf masa depan dengan bahasa ibunda dan budaya yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pendidikan Tinggi Muallaf anjuran bersama IPDAS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan JAKIM Cawangan Sabah di sini barubaru ini.

Hakimah turut mencadangk­an agar seminar berkenaan dapat menyediaka­n hala tuju pendidikan tinggi mualaf di Malaysia.

Di samping itu jelasnya, kelestaria­n pendidikan Islam berasaskan ahli sunnah wal jamaah juga amat penting untuk diterapkan.

“Justeru, graduan yang berjiwa rahmah dapat dihasilkan dan mampu menangkis pemikiran ekstrem yang melahirkan kelompok radikal dan liberal.

“Begitu juga dengan pendedahan kepada ilmu kemahiran dan keusahawan­an kepada para mualaf untuk memastikan mereka mencipta pekerjaan sendiri dan meneruskan kehidupan yang mencabar tanpa bergantung kepada bantuan semata-mata,” katanya.

Menurutnya, sebagai langkah permulaan, IPDAS akan menandatan­gani Nota Perjanjian Kerjasama dengan Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu (ILPKK) bagi melaksanak­an program khas kemahiran.

Beliau berkata, program berkenaan melibatkan kursus jangka pendek bagi Kemahiran Asas Membaiki Telefon serta Asas Automatif dan Kimpalan.

“Program ini akan mula dilaksanak­an tahun ini melibatkan kemasukan pelajar pada April 2020.

“Sehubungan itu, saya amat mengharapk­an agar usaha-usaha yang kita lakukan ini dapat memperkasa­kan pendidikan agama khususnya kepada para mualaf.

“Ia seiring dengan usaha untuk melahirkan saudara kita yang terus beristiqam­ah dan kekal mengamalka­n ajaran Islam sebenar di samping mampu menjadi pendakwah yang kompeten,” katanya.

Seramai 100 peserta menyertai Seminar Pendidikan Tinggi Muallaf termasuk pendaftarp­endaftar mualaf di setiap jabatan agama Islam seluruh negara, pensyarah-pensyarah kanan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Seminar berkenaan bertujuan merangka kerjasama strategik dan menjana idea bagi mendapatka­n input daripada semua pihak yang terlibat.

 ??  ?? SEMINAR: Para peserta dan penganjur Seminar Pengajian Tinggi Muallaf merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan.
SEMINAR: Para peserta dan penganjur Seminar Pengajian Tinggi Muallaf merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan.
 ??  ?? KERJASAMA: Hakimah (dua kiri) bersama wakil Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Mat Setia Mohd Raji (tengah) selepas majlis menandatan­gani Nota Perjanjian Kerjasama pada majlis itu.
KERJASAMA: Hakimah (dua kiri) bersama wakil Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Mat Setia Mohd Raji (tengah) selepas majlis menandatan­gani Nota Perjanjian Kerjasama pada majlis itu.
 ??  ?? BANTUAN: Calvin menyampaik­an Bantuan Awal Persekolah­an kepada salah seorang pelajar.
BANTUAN: Calvin menyampaik­an Bantuan Awal Persekolah­an kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Myrene menyampaik­an cenderahat­i kepada Calvin selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an SM St Mary.
PENGHARGAA­N: Myrene menyampaik­an cenderahat­i kepada Calvin selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an SM St Mary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia